Hyderabad bermula baik dalam pembukaan
Monday, 26 May 2025 21:53

KUALA LUMPUR - Hyderabad bermula dengan cemerlang apabila mengatasi Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Klang dengan tujuh wiket dalam Cabaran Kriket Bawah 19 T20 Antarabangsa di Kelab Aman, 26 Mei 2025.
Skuad yang baharu merangkul kejuaraan dalam aksi di Dubai itu hanya mengambil 11.1 over untuk memenangi perlawanan pembukaan anjuran bersama Persatuan Kriket Melayu-Seans Leisure Journey Network dari 26 hingga 29 Mei 2025.
Pemukulnya, Syed S. Armaan kental dengan 51 tanpa tewas.
Dalam satu lagi pertemuan, Sepang Rangers menang tipis; lapan larian dengan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya di gelanggang sama.
Hanya empat pasukan bartanding sebagai pendedahan dalam keseriusan program pembangunan Kriket Melayu.
KEPUTUSAN:
Hyderabad kalahkan SMK Sultan Abdul Samad dengan 7 wiket.
SMK Sultan Abdul Samad 69 (16.3 over) Muhammad Syamil Aqil 15. Sangineni Apooru 3-16;
Pattika Shanvi 2-9.
Hyderabad 70-3 (11.1 over) Syed S. Armaan kekal 51. Qayyim Darwiss Khursaini 2-15.
Sepang Rangers kalahkan Sekolah Sultan Alam Shah dengan 8 larian.
Sepang Rangers 97 (17.1 over) Syahmi Zufayri 28. Sheikh Izz Shaqif 3-13; Firash Taqiuddin 316 .
Sekolah Sultan Alam Shah 89-7 (20 over) Ezzul Hadif 29. Syahmi Zufayri 3-11.

SKUAD Hyderabad bergambar sebelum beraksi menentang SMK Sultan Abdul Samad di Kelab Aman, 26 Mei 2025.

TIGA pengadil yang berkhidmat hingga 29 Mei 2025, Arina A. Rahim (kiri), Saif Ullah Malik (tengah) dan Muhammad Azad (kanan).

PENGERUSI kejohanan, Sean-Isaac Selvanayagam (tengah) mengiringi tetamu bagi diperkenalkan kepada barisan Sepang Rangers di Kelab Aman.

PENGERUSI kejohanan, Sean-Isaac Selvanayagam (tengah) mengiringi tetamu bagi diperkenalkan kepada barisan Sepang Rangers di Kelab Aman.