Sokongan padu kursus pencatat dan pengadil

KUALA LUMPUR - Dalam usaha melahirkan ramai pencatat kriket yang berbakat besar, Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) telah mengendalikan kursus asas dengan dihadiri seramai 15 peserta pada 5 Oktober 2024.

Kursus dengan sokongan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berlangsung di Rumah Kriket Melayu telah dihadiri ramai guru perempuan.

Tenaga pengajar ialah tenaga berpengalaman Puteh Norsalasiah Noran dan Norziah Baharuddin.


Setiausaha ACU & S, Gerard Denis Singam mengumumkan bahawa kursus pengadil tahap satu juga diadakan dua minggu lepas di tempat sama.

Bekas pemukul pembukaan kebangsaan yang juga Presiden MCA, Iqbal Ali Kassim Ali amatlah gembira dengan inisiatif ACU & S dan berharap banyak lagi kursus dikendalikan dengan sokongan badan kebangsaan itu.

SENARAI KURSUS PENCATAT: Faris Almas-Lee, Rosmawati Zamahuri, Wan Julia Rosli, Norasyikin A. Razak, NurhidayahHassan, Aidilfitrina Abu Bakar, Previna Rajendran, Nur Syauqiena Hanim A. Halim, Nur Syazwina Hanim A. Halim, Azlin Zaini, Nur Darina Mohd. Noor, A. Rahim Bahtiar, Ahmad Sabri Idris, Nurul Intan Fairuz Firazan, Nur Dawana Abu Bakar.
 


PESERTA kursus pencatat kriket anjuran ACU & S di Rumah Kriket Melayu pada 5 Oktober 2024.