Sabah bangkit untuk beraksi dalam babak akhir
Friday, 06 September 2024 08:09
KUALA LUMPUR - Sabah yang kembali menyertai Kejohanan Kriket Antara Negeri memastikan peluang beraksi dalam babak akhir dicapai apabila menewaskan Selangor dengan 17 larian di Kelab Aman, 5 September 2024.
Walaupun kalah undian dan dipaksa memukul terdahulu, Sabah menggembleng tanggungjawab untuk mengumpulkan 240 larian untuk sembilan wiket dalam 40 over.
''Kami yakin dengan angka itu. Bukan mudah untuk dikejar lawan di permukaan Kelab Aman yang kasar ini,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Sabah, Hatta Patombongi.
Selangor bersaing baik dalam sesi awal dengan mengumpulkan 67-2 dalam 10 over tetapi tidak berkemampuan dengan beberapa jatuhan wiket penting. Selangor hanya memukul setakat 223 larian dalam 37.4 over.
Sabah yang menjuarai Perisai Raja-Raja pada tahun 1996 dan 1997 berhasrat menayangkan aksi sebenar walaunpun tumpas dalam perlawanan awal kepada Negeri Sembilan.
KEPUTUSAN
Sabah kalahkan Selangor dengan 17 larian.
Sabah 240-9 (40 over) Hamzah Panggi 77; Afiq Jabri Bahri 48; Qayyum Khan Blukeni 23. Trisman Rudi 4-31; Ashraf Azmi 2-31.
Selangor 223 (37.4 over) Razman Zabri 43; Syahmi Zufayri 39. Nazrie Abdullah 3-40; Hamzah Panggi 2-48.
Pemain terbaik: Hamzah Panggi (SAB)
Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Bertle Alex James (NS)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)
JADUAL 7 SEPTEMBER 2024
(Babak akhir)
NEGERI SEMBILAN lwn SABAH
(Kelab Aman, 10 pagi)
HAMZAH PANGGI gembira menerima plak pemain terbaik pertemuan Sabah-Selangor daripada bekas pembaling kidal kebangsaan, Haerul Marsudin.
SABAH... layak ke perlawanan akhir bertemu Negeri Sembilan setelah kali akhir memenangi Perisai Raja-Raja pada 1997.
SELANGOR... tidak begitu menyinar tahun ini.