Negeri Sembilan menang semua perlawanan
Wednesday, 04 September 2024 23:40
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan melengkapkan tiga kemenangan untuk mara ke babak akhir saingan kriket antara negeri setelah menumbangkan Selangor dengan 116 larian di RSC Oval, 4 September 2024.
Dengan angka tinggi dikumpulkan berjumlah 308 larian berpandukan peruntukan penuh, Negeri Sembilan mengakhiri ketukan Selangor setakat 192 dalam 33 over.
”Kami mahu gelaran juara bagi tahun keenam berturut-turut,” kata bekas penjaga wiket kebangsaan, Shafiq Shariff dari Bukit Rokan Utara, Gemencheh.
Pusingan akhir pertarungan merebut Perisai Raja-Raja itu juga memastikan Sabah menang mudah ke atas Pahang dengan lapan wiket di Kelab Aman.
Sabah hanya menggunakan 62 balingan untuk mengatasi angka rendah lawan yang hanya terdaya melakukan 38.
Pertemuan Sabah-Selangor pada 5 September 2024 akan menentukan pemenangnya untuk berentap dengan Negeri Sembilan bagi merangkul Perisai Raja-Raja musim 2024.
KEPUTUSAN
Sabah kalahkan Pahang dengan 8 wiket.
Pahang 38 (18.2 over) Haris Harzan Halim 10; Roszaidi Roslan 4-3; Afiq Jabri 4-13.
Sabah 43-2 (10.2 over) Sudarmin Darwis kekal 12; Hafiz Halim kekal 11.
Pemain terbaik: Roszaidi Roslan (SAB)
Pengadil: Arina A. Rahim (Pk) & Bertle Alex James (NS)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Sanah Manap (KL)
Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 116 larian
Negeri Sembilan 308-8 (40 over) Asby Tan Aris kekal 73; Nik Azril Ariffin 48; Shafiq Sharif 43; Azman Tajri 40; Syahadat Ramli 32. Mahathir Razali 3-60; Amirul Zubair Zulkifle 3-75.
Selangor 192 (33 over) Ashraf Azmi 62; Rizqi Iman Khamis 35; Asyraf Rifaie 24. Nik Azril Ariffin 3-28; Syazrul Ezat Idrus 3-31; Fitri Sham 2-18.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (NS)
Pengadil: Bhupinder Gill (KL) & Nazmir Sungip (Pk)
Pencatat: Rahim Bahtiar (PAH)
JADUAL 5 SEPTEMBER 2024
SELANGOR lwn SABAH
(Kelab Aman, 9 pagi)
NEGERI SEMBILAN... menayangkan barisan kental untuk menguasai kejohanan.
SELEPAS sesi undian di lapangan tengah. Ketua pasukan Sabah, Sudarmin Darwis (kiri), pengadil Arina A. Rahim, Bertle Alex James dan kapten Pahang Amdam Wiliyoh.
NEGERI SEMBILAN... menayangkan barisan kental untuk menguasai kejohanan.
SELEPAS sesi undian di lapangan tengah. Ketua pasukan Sabah, Sudarmin Darwis (kiri), pengadil Arina A. Rahim, Bertle Alex James dan kapten Pahang Amdam Wiliyoh.