NS bersemangat, Selangor menang tipis

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menang besar; 153 larian ke atas Sabah sekali gus semakin bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan saingan merebut Perisai Raja-Raja.

Pertemuan di Kelab Aman pada 3 September 2024, menyaksikan skuad juara selama lima tahun berturut-turut itu melakukan  243 larian dengan bekas pemain kebangsaan Ammar Zuhdi Hazalan menyempurnakan 92 menerusi 68 balingan.

Sabah terlalu tertekan dengan angka tinggi lawan; hanya dapat mengumpulkan setakat 90 larian dalam 20.1 over.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan akhir kejohanan antara negeri itu di RSC Kiara, Selangor mengetepikan juara liga, Pahang dengan hanya empat larian.

Bekas pemain remaja nasional, Amdam Wiliyoh cemerlang dengan himpunan 73 larian tanpa tewas. Sewaktu menyerbu, pemain kelahiran Tasik Chini, Pahang itu meranapkan tiga wiket Selangor.

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Sabah dengan 153 larian.

Negeri Sembilan 243 (36 over) Ammar Zuhdi Hazalan 92; Alif Safwan Zol 35. Nazrie Abdullah 4-31; Roszaidi Roslan 2-26.
Sabah 90 (20.1 over) Ishak Ismail 18; Farhan Matussin 13. Faliq Alauddin 3-10; Danish Adlyn 3-15.

Pemain terbaik: Ammar Zuhdi Hazalan (NS)
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Redzuan Shahadan (SEL)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)

Selangor kalahkan Pahang dengan 4 larian.

Selangor 160 (33.2 over) Razman Zabri 35; Asyraf Rifaie 29. Amdam Wiliyoh 3-6; Wan Taufiq Iqbal 2-22.
Pahang 156 (34.4) Amdam Wiliyoh kekal 73; Haris Harzan 20. Amirul Zubair Zulkifle 3-12; Ashraf Azmi 2-25.

Pemain terbaik: Amdam Wiliyoh (PAH)
Pengadil: Bhupinder Gill (KL) & Nazmir Sungip (Pk)
Pencatat: Rahim Bahtiar (PAH)

JADUAL 4 SEPTEMBER 2024

SABAH lwn PAHANG
(Kelab Aman, 9 pagi)

NEGERI SEMBILAN lwn SELANGOR
(RSC Kiara, 10 pagi)
 


AMMAR ZUHDI HAZALAN dari Negeri Sembilan menerima plak pemain terbaik daripada bekas pemain kebangsaan dari Sabah, Hatta Patombongi.



PASUKAN Sabah bergambar sebelum pertemuan dengan Negeri Sembilan di Kelab Aman, 3 September 2024. 



PENGADIL Bhupinder Gill menyerahkan plak pemain terbaik kepada pemain Pahang, Amdam Wiliyoh.