Pahang tersungkur tanpa empat pemain Utama
Monday, 02 September 2024 20:24
KUALA LUMPUR - Pahang yang kehilangan beberapa pemain utama tunduk kepada Negeri Sembilan dengan 37 dalam pusingan akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di RSC Kiara, 2 September 2024.
Dengan ketiadaan kaptennya, Azim Yahaya bersama Kasman Kaderi, Fauzan Malik dan Ramdan Samsudin, Pahang seakan-akan tidak terkawal dan lumpuh baik sudut balingan dan pukulan.
Negeri Sembilan yang memukul terdahulu melakukan 141-8 dalam 37 over setelah dihentikan perlawanan berikutan hujan.
”Sewaktu memukul dengan sasaran 148 dalam 37 over berpandukan kaedah DLS,
kami diperangkap setakat 110 larian sahaja,” kata pengurus Pahang Rasul Iqbal Ghazali.
Empat pasukan bersaing dalam pusingan akhir ialah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.
Babak akhir berlangsung 7 September 2024 di Kelab Aman.
KEPUTUSAN:
Negeri Sembilan kalahkan Pahang dengan 37 larian.
(Sasaran Pahang 148 larian untuk menang berdasarkan kaedah DLS)
Negeri Sembilan 141-8 (37 over) Shafiq Sharif 29; Azib Wajdi Zainuddin 28; Nik Azril
Ariffin 20. Afdza Zulhilmi Razali 3-23; Amdam Wiliyoh 2-24; Fuzaimee Sukor 2-26.
Pahang 110 (21.5 over) Afdza Zulhilmi Razali kekal 34; Arif Yusuf Salman 21; Fuzaimee Sukor 13. Fitri Sham 4-19;
Nik Azril Ariffin 4-26.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (NS)
Pengadil: Bhupinder Gill (KL) & Nazmir Sungip (Pk)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
HARI INI:
Negeri Sembilan lwn Sabah
(Kelab Aman, 9 pagi)
Selangor lwn Pahang
(RSC Kiara, 10 pagi)
PENUTUP lapangan tengah ditarik keluar selepas hujan membasahi RSC Kiara dalam pertemuan kriket di antara Pahang dengan Negeri Sembilan, 2 September 2024.