Ahli terawal Kriket Melayu meninggal dunia
Monday, 19 August 2024 15:10
KUALA LUMPUR - Rozaid Abdul Rahman; orang pertama mengisi borang keahlian Persatuan Kriket Melayu Malaysia apabila pertubuhan itu didaftar semula pada1994, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediamannya di Putra Heights, Selangor, 18 Ogos 2024.
Terdahulu, Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri itu telah menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai hingga 6 Ogos 2024.
Rozaid, 60, pemain kriket peringkat usia di Pulau Pinang itu juga telah mengambil ujian kepengadilan pada tahun 1995 kendalian Persatuan Pengadil Kriket Malaysia (MACU) pada 1995.
”Kami merakamkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” kata Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed.
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Melayu (M) Berhad pada 1984 sehingga naik pangkat sebagai ketua pemberita tahun 1991. Beliau turut memegang jawatan Ketua Pengarang Sinar Harian di samping berjawatan tinggi di Kumpulan Media Star.
Rozaid berpindah ke Pejabat Perdana Menteri mulai Mei 2024.
ROZAID dalam satu majlis tidak lama dulu.
ROZAID...sertai Pejabat Perdana Menteri sejak Mei 2024
ROZAID ABDUL RAHMAN (kiri) bersama tiga rakan yang menyertai Utusan Melayu (M) Berhad pada 1984. Mereka ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan sehingga tahun 2018, Datuk Aziz Ishak (dua kiri); penulis sukan Khalid Saad dan Idris Hamid (kanan).