Pahang lepas geram ratah Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR — Pahang melepaskan geram dengan meratah juara bertahan, Negeri Sembilan dengan sembilan wiket dalam aksi kriket antara negeri di Kajang Oval, 22 Jun 2024.

Meletakkan Pahang untuk memadang selepas memenangi undian, Negeri Sembilan berada dalam kedudukan tenat apabila berkedudukan 35-5 dalam 10 over sekali gus hanya berkemampuan mengumpulkan 157 larian.
 
Fuzaimee Sukor memastikan lawan lumpuh apabila mengetuk 63 larian tanpa tewas bersama ketua pasukannya, Adzim Yahaya yang kekal 46. Pahang melepasi angka Negeri Sembilan hanya dalam 17.5 over.

”Kami terlalu geram bagi menamatkan kegarangan Negeri Sembilan dan bersemangat untuk cemerlang dalam pusingan kedua September ini,” kata pengurus Pahang, G. Rasul Iqbal.

Tiga pasukan; Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor memiliki mata sama dan layak ke pusingan kedua aksi merebut Perisai Raja-Raja musim 2024.

Dalam satu lagi perlawanan, Perlis menumpaskan Perak dengan 11 larian. Apapun kedua-dua pasukan ini tidak mampu ke pusingan seterusnya.

KEPUTUSAN

Pahang kalahkan Negeri Sembilan dengan 9 wiket.

Negeri Sembilan 157 (27.5 over) Alif Safwan Zol 43; Fendi Alias 30; Fuad Johari 20. Fauzan Malik 4-30; Haris Harzan Halim 2-28; Wan Zharif Iskandar Zaki 2-45.
Pahang 159-1 (17.5 over) Fuzaimee Sukor kekal 63; Adzim Yahaya kekal 46; Harith Amzar Yasir 35.


Pemain terbaik: Fuzaimee Sukor (PAH)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn) & Nazmir Sungip (Pk)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: A. Sabri Idris (NS)

Perlis kalahkan Perak dengan 11 larian.

Perlis 188 (39.2 over) Saufi Salim kekal 70; Fauzi Ariffin 35; Sahrul Izuddin Mukhtar 18. Salman Zhari 3-19; Iqbal Azmi 2-34; Farhan Pozi 2-29.
Perak 177 (37 over) Amir Irfan Zamzuri 37; Salamuddin Sharip 30; Solahuddin Mokhtar 19. Ahnaf Zuhdi S. Taufek 4-22; Sahrul Izuddin Mukhtar 3-33; Fauzi Ariffin 2-24.

Pemain terbaik: Saufi Salim (PER)
Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Samsyul Hisyam A. Manap (KL)
Pencatat: Faris Almas-Lee (KL)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)



PAHANG sudah bersedia menghitung peluang dalam pusingan kedua September 2024.



FUZAIMEE SUKOR (kiri) yang yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Pahang menentang Negeri Sembilan bersama pengadil perlawanan, Faizshal Niaz-Lyn di Kajang Oval pada 22 Jun 2024.



KAPTEN Perak, Salamuddin Sharip (dua kiri) bersalaman dengan ketua pasukan Perlis, Firdaus Rusli sambil diapit pengadil Samsyul Hisyam A. Manap (kiri) dan Redzuan Shahadan.



ANTARA pemain membarisi Perlis menentang Perak di Kelab Aman.