Selangor bertenaga atasi Pahang dengan 4 wiket

KUALA LUMPUR — Selangor yang membariskan sebahagian besar pemain muda mengetepikan Pahang dengan empat wiket dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri di Victoria Oval, Kuala Lumpur, 27 Januari 2024.

Perhitungan Pahang yang memenangi undian dan memilih untuk memukul pada sesi pagi gagal mencapai hasrat menguasai permainan walaupun pemukul awal, Amdam Wiliyoh bertenaga dengan himpunan 79 larian.

”Nampaknya kami terpaksa mendapatkan beberapa tenaga utama seperti pembaling separuh pantas, Kasman Kaderi dalam pertemuan dengan Perak di STAR Oval, Ipoh pada 20 April 2024.

”Pahang adalah sebuah pasukan gagah dan hasrat utama kami ialah mara ke pusingan kedua September akan datang,” kata pengurus Pahang, Rasul Iqbal Ghazali.

Dengan meletakkan 208 untuk dikejar lawan, Pahang yang memenangi Perisai Raja-Raja ini pada tahun 1956 ternyata gagal mengawal ketukan Selangor terutama sekali Adeshlie Alias (51 larian) dan bekas pemain Tentera, Razman Zabri dengan 48.

”Tenaga muda yang diberi kepercayaan mampu menggamit kemenangan. Mereka akan terus diberi tugas penting dalam pertemuan seterusnyapada  9 Mac ini apabila menentang Perak,” kata pengurus Selangor, Nazruddin Nasir.

Cukup menarik, Selangor mengatasi angka Pahang dalam 30.4 over.

Pertandingan merebut Perisai Raja-Raja dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1951.

KEPUTUSAN


Selangor kalahkan Pahang dengan 4 wiket.

Pahang 207-9 (40 over) Amdam Wiliyoh 79; Adzim Yahaya 28; Khairullah Remon Shaiful 21. Asyraf Rifaie Afindi 3-25; Mahathir Razali 2-22; Elmi A, Rahman 2-35.
Selangor 208-6 (30.4 over) Adeshlie Alias 51; Razman Zabri 48; Rizqi Iman Khamis 31. Fuzaimee Sukor 3-22; Hasmil Faeez Umar 2-36.

Pemain terbaik: Razman Zabri (SEL)
Pengadil: Poobalan Loganathan (PP) & Mathan Kumar Muniandy (SEL).
Pencatat: Faris Almas-Lee (KL)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)



AMDAM WILIYOH dari Pahang melakukan pukulan enam sewaktu mengumpulkan 79 larian untuk pasukannya di Victoria Oval.



PENGADIL Poobalan Loganathan (kiri) dan Mathan Kumar Muniandy bersama pemain terbaik perlawanan, Razman Zabri dari Selangor.



SEBAHAGIAN pemain Pahang tekun menyaksikan pemukul mereka menghitung peluang di lapangan tengah, Victoria Oval, 27 Januari 2024.