SMK Victoria sasar juarai kriket Piala KP Pelajaran
Friday, 29 January 2010 05:11
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KUALA LUMPUR, 28 Jan - Setelah kempunan selama tiga tahun untuk bergelar juara Piala Ketua Pengarah Pelajaran, pasukan kriket Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur, berazam mahu menamatkan kemarau kejuaraan pada kejohanan itu, tahun ini.
Ketua pasukan SMK Victoria, Faizshal Niaz-Lyn, berkata sasaran juara tidak mustahil untuk dicapai, berdasarkan kekuatan pasukan itu, yang tidak jauh berbeza berbanding pasukan pilihan, SMK Penang Free.
Jelasnya, mereka hampir sahaja dapat menewaskan SMK Penang Free, namun nasib tidak menyebelahi mereka pada perlawanan akhir tahun lalu.
''Pada perlawanan peringkat liga, kami hampir menewaskan SMK Penang Free, namun beberapa kesilapan pada aksi final, membuatkan kami terpaksa berputih mata.
''Oleh itu, saya berharap rakan sepasukan supaya beraksi sebaik mungkin pada kejohanan tahun ini, serta mengikut strategi yang diatur oleh jurulatih, selain mengurangkan kesilapan semasa beraksi,'' katanya yang juga merupakan naib kapten pasukan bawah 17 tahun negara.
Pasukan SMK Victoria tahun ini dibimbing oleh jurulatih dari Bangladesh, SM Mortuza Raihan, yang mempunyai kelayakan kejurulatihan tahap dua daripada Majlis Kriket Asia (ACC).
Selain dari SMK Penang Free, satu lagi pasukan yang turut bertanding ialah SMK Tinggi Kajang.
SMK Victoria akan memulakan kempen kejohanan kali ini bertemu SMK Tinggi Kajang pada 6 dan 7 Februari ini di Oval UKM.
Peraturan kejohanan mengikut format dua ining dalam saingan secara home dan away.
Sementara itu, pengurus pasukan SMK Victoria, Khairul Irwan Wee, tidak mahu memberi tekanan tinggi kepada anak buahnya pada persaingan kali ini.
''Sasaran saya mahu melihat mereka muncul juara dalam tahun 2011, kerana tahun ini kami membariskan ramai pemain berusia 15 tahun, berbanding SMK Penang Free yang begitu berpengalaman berbanding kami.
''Bagaimanapun, saya harap mereka mampu menghadirkan kejutan dalam kejohanan Piala Ketua Pengarah Pelajaran,'' katanya.

SM MORTUZA Raihan (kiri) memberi penerangan kepada sebahagian pasukan SMK Victoria yang mengadakan persiapan untuk menghadapi Kejohanan Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran, di padang SMK Victoria Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, semalam.
SM MORTUZA Raihan