ACUS anjur kursus bagi peserta antarabangsa

KUALA LUMPUR — Kursus kepengadilan kriket untuk peserta Asia Tenggara akan dianjurkan pertengahan tahun 2024 oleh Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACUS).

Mengumumkan perkara ini, Timbalan Presiden ACUS, Shivanandha Chellappah yakin, sesi berkenaan boleh memanfaatkan Indonesia, Thailand, Singapura di samping tuan rumah, Malaysia.

”Kriket merupakan sukan yang sudah diterima ramai di peringkat antarabangsa; ia juga akan dipertaruhkan dalam Sukan Olimpik, Los Angeles pada tahun 2028,” katanya sebaik sahaja selesai mesyuarat agung dwitahunan ACUS, 2 Disember 2024.

ACUS turut bekerjasama dengan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dalam pengendalian kursus ini terutama pemilihan penceramah.

Dijangka kursus akan berlangsung selama seminggu dengan penyertaan tidak lebih daripada 40 orang.

Mesyuarat agung persatuan itu juga memperakukan jawatankuasa ACUS bagi musim 2023-2025 setelah semua dipilih tanpa bertanding.

”Kami turut meluluskan beberapa usul tergempar; antara lain penggabungan ACUS dengan badan antarabangsa,” kata Shivanandha.

JAWATANKUASA ACUS 2023-2025
Presiden: Charlie Chelliah
Timbalan Presiden: Shivanandha Chellappah
Setiausaha: Gerard Denis Singam
Bendahari: Azmi Jaafar
Timbalan Setiausaha: Arina A. Rahim
Ahli Jawatankuasa: Faizshal Niaz-Lyn, Razman Zabri, Fadzrin Kate-Lee, Norharif Hamidon.
 


AHLI Jawatankuasa Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia musim 2023-2025. Duduk (dari kiri); Azmi Jaafar, Shivanandha Chellappah, Gerard Denis Singam. Berdiri (dari kiri); Fadzrin Kate-Lee, Norharif Hamidon, Arina A. Rahim dan Faizshal Niaz-Lyn.



ANTARA jawatankuasa 2021-2023 yang hadir (dari kiri), Faizshal Niaz-Lyn, Gerard Denis Singam, Datuk Azmi Mohd. Ali dan Azmi Jaafar.



SESI mengharungi laporan tahunan pada mesyuarat agung dwitahunan ACUS di Rumah Kriket Melayu, 2 Disember 2023.