Gandingan mantap dua badan kriket

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengadil & Pencatat Kriket Malaysia (ACUS) dan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bersepakat untuk bekerjasama membangunkan ramai pengadil dan pencatat bertauliah dalam jangkaan tiga tahun.

''Ini peringkat permulaan dan kami menjangkakan perkembangan lebih baik selepas tiga tahun,'' kata Presiden ACUS Charlie Chelliah.

Kedua-dua pertubuhan bertemu 30 November 2023 di Kelab Selangor Diraja bagi mengadakan perbincangan khusus melengkapkan kehebatan dari sudut kepengadilan dan catatan terutama sekali untuk menampung banyak kejohanan tempatan.

ACUS yang wujud pada tahun 2008 selepas Persatuan Pengadil Kriket Malaysia (MACU) dibatalkan pendaftaran setahun sebelum itu.

''Banyak persoalan dan kepincangan di antara kedua-dua pihak telah dapat diselesaikan dan kami akan bergandingan,'' kata Charlie.

MCA dihadiri presidennya, Iqbal Ali Kassim Ali dan ketua pegawai eksekutif, Sockalingam Muthuraman. 

Di samping Charlie, ACUS diwakili timbalan presiden Shivanandha Chellappah dan setiausaha Gerard D. Singam.

Kedua-dua pihak akan merangka pelan tindakan masing-masing untuk diseragamkan bagi pertemuan akan datang.
 


CHARLIE CHELLIAH



IQBAL ALI KASSIM ALI