NS, Kelantan berentap dalam perlawanan akhir

KUALA LUMPUR -  Negeri Sembilan mengharungi laluan mudah ke perlawanan akhir apabila membenam Selangor dengan sembilan wiket dalam separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 3 September 2023.

Juara bertahan itu akan bertemu Kelantan yang menyingkirkan Johor di gelanggang sama, 2 September 2023.

Selangor yang berhadapan masalah kecederaan beberapa pemain utamanya kehilangan empat pemukul tanpa larian telah terhenti pukulan setakat 95 dalam 24.3 over.

''Kami tidak bertahan lama terutama sekali dengan putaran tiga pembaling lawan, Badrul (Boktian), Nik Azril (Ariffin) dan Anwar (A. Rahman),'' kata pengelola Selangor, Nazruddin Nasir.

Seterusnya dalam hanya 10 over, Negeri Sembilan melakukan 98; hanya kehilangan satu wiket. Pembuka pukulan, Ammar Zuhdi Hazalan menyumbang 42 larian manakala Azman Tajri 40 tanpa tewas.

Babak akhir perebutan Perisai Raja-Raja berlangsung 9 September 2023 di Kelab Aman.

KEPUTUSAN
 
Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 9 wiket.
 
Selangor 95 (24.3 over)  Haziq Aiman Hafiz 28; Elmi A. Rahman 26; Amirul Zubair Zulkefli 12; Faris Iskandar Rizal 12. Nik Azril Ariffin 4-10; Badrul Boktian 4-36;  Anwar A. Rahman 2-24.  
Negeri Sembilan 98-1 (10 over) Ammar Zuhdi Hazalan 42; Azman Tajri kekal 40.
Pemain terbaik: Badrul Boktian (NS)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)
Pencatat: Zulhaimy Salleh (KED).
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)
 


PASUKAN Negeri Sembilan yang mara ke perlawanan akhir bertemu Kelantan 9 September 2023.



SELANGOR yang terpaksa menyenaraikan sebahagian besar pemain remaja berikutan kecederaan beberapa tenaga utama.



UNDIAN yang memihak kepada Negeri Sembilan untuk memadang dalam pertemuan dengan Selangor di Kelab Aman, 3 September 2023.



PENGADIL Sivan Nayaranan (kiri) dan Mathan Kumar Muniandy (kanan) bersama pencatat berasal dari Kedah, Zulhaimy Salleh.



PEMAIN terbaik perlawanan, Badrul Boktian (kiri) gembira bersama ahli majlis Kriket Melayu, Mohsain Hashim