Kelantan menang besar untuk ke babak akhir

KUALA LUMPUR — Kelantan mara ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri apabila dengan mudah membelasah Johor dengan 186 larian dalam pertemuan separuh akhir di Kelab Aman, 2 September 2023.

Setelah memenangi undian, Kelantan yang memilih untuk memukul memastikan pungutan sehingga melepasi angka 200 dalam 30 over.

”Kami yakin dan menjangkakan dapat membuat ketukan sehingga 300 larian tetapi hanya berpuas hati sehingga 259 sahaja,” kata kapten Kelantan, Fikri Makram Rosdi.

Apapun Johor membalas dengan baik sehingga 46-2. Tetapi sebaik sahaja wiket ketiga diranapkan, skuad selatan itu tertiarap setakat 73 larian.

”Tidak mudah mengejar angka tinggi; pelbagai kesilapan akan berlaku dan kami akan menyediakan pasukan yang lebih mantap musim depan,” kata Setiausaha Majlis Kriket Johor, Haikal-Harith Adam.

Perlawanan akhir aksi merebut Perisai Raja-Raja ini berlangsung 9 September 2023. Satu lagi separuh akhir di antara Selangor dengan Negeri Sembilan berlangsung 3 September 2023 di Kelab Aman.

KEPUTUSAN:

Kelantan kalahkan Johor dengan 186 larian.

Kelantan 259 (38.2 over) Azri Azhar Amiluz Zaman 56; Mahathir Razali 40; Hairil Harisan 40; Akmal Ziyad Zainuddin 30; Faiz Ahmad Nasir 28.
Shamsul Ikmal Azman 2-39; Zulamry Mohdin 2-47.
Johor 73 (20 over) Amzar Iqbal Mad Alwi 17; Shamsul IKmal Azman 11. Amirul Asraf Ayob 4-14; Nazril A. Rahman 2-14.
Pemain terbaik: Azri Azhar Amiluz Zaman (KEL)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)
Pencatat: Zulhaimy Salleh (KED).
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)
 


PASUKAN Kelantan dibarisi ramai bekas pemain kebangsaan.



PASUKAN Johor yang dikendalikan oleh Azhar Zainal (kanan, belakang)



AZRI AZHAR AMILUZ ZAMAN (kiri) dari Kelantan menerima kalungan pingat pemain terbaik perlawanan daripada Timbalan Setiausaha Kewangan Kriket Melayu, Ramli Din.



PEMUKUL pembukaan Johor, Amzar Iqbal Mad Alwi (kiri) dan Zulamry Mohdin.



DUA pengadil, Sivan Narayanan (kiri) dan Mathan Kumar Muniandy yang sering mengadili saingan Perisai Raja-Raja.