Nazmir sertai majlis kecil pertandingan

KUALA LUMPUR - Ahli Seumur Hidup, Nazmir Sungip dilantik  Setiausaha Pertandingan Persatuan Kriket Melayu Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Nazmir, 39, seorang akauntan menggantikan Samsyul Hisyam A. Manap yang terpaksa berhenti berikutan kerjaya baharunya yang mencabar.

Mesyuarat majlis kecil pertandingan persatuan itu yang dipengerusikan oleh Hussein Chou Abdullah pada 2 September 2023 dengan sebulat suara mengesahkan pelantikan itu.

Dalam mesyuarat itu juga, telah mengesahkan tujuh pasukan akan menyertai pertandingan antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja musim 2024.

Pasukan berkenaan ialah Kelantan, Selangor, Johor, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah.

Kriket Melayu juga merancang untuk memulihkan semula saingan Trofi Melayu Antarabangsa yang membabitkan Malaysia, Sri Lanka dan Afrika Selatan.



NAZMIR SUNGIP... dilantik Setiausaha Pertandingan Kriket Melayu.