PEMAIN UKM KENDALIKAN PROGRAM PEMBANGUNAN KRIKET

BATUMALAI RAMANI (kanan) membetulkan cara balingan seorang peserta klinik di Bangi, 17 Januari 2010.BANGI - DUA pelajar pusat prestasi tinggi kriket di Universiti Kebangsaan Malaysia akan ditugaskan mengendalikan latihan bagi kumpulan bawah 12 di Oval UKM bermula Sabtu ini (23 Januari).

Kedua-dua pelajar, Ahmad Faiz M. Noor yang merupakan naib kapten skuad utama kebangsaan dan Asyraf Naim Sham telah mengikut kursus kejurulatihan tahap satu kendalian Majlis Kriket Asia (ACC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Menyenaraikan tugas awal untuk mereka mengendalikan latihan secara praktikal adalah suatu tugas yang dimestikan oleh ACC sebelum penggredan dikeluarkan.

"Adalah menjadi harapan mereka dapat menggerakkan sesi latihan dua kali seminggu di samping bimbingan jurulatih tahap dua, Sujeewa Gunaratne dari Persatuan Kriket Melayu Malaysia," kata Naib Presiden Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin sewaktu Klinik Kriket Astro di Oval UKM di sini pada 17 Januari.

Klinik Kriket Astro yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Astro telah dimulakan sejak tahun 2001 dan merupakan kemuncak kepada Program Pembangunan Kriket Remaja pertubuhan berkenaan bagi kumpulan bawah 12 tahun.

Bagi tahun ini, 90 pemain menyertai kilinik yang antara lain memperkenalkan dengan lebih dekat teknik permainan kriket.

Program semalam dikendalikan oleh jurulatih Kriket Melayu terdiri daripada Haris Abu Baker, Batumalai Ramani di samping dua jurulatih luar negara, Sujeewa Gunaratne (Sri Lanka) dan SM Mortuza Raihan dari Bangladesh.

Kriket Melayu sebagai pengendalikan program pembangunan mengalu-alukan ibu bapa menghantar anak-anak bawah 12 untuk mengharungi sesi pengenalan kriket dalam programnya di Oval UKM, Bangi  mulai 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, Sabtu depan.

"Program ini dirancang berlangsung Sabtu dan Ahad setiap minggu dan terbuka tanpa bayaran untuk pemain lelaki dan perempuan.

"Kami mahu menjadikan kriket menjadi suatu budaya di UKM sejajar dengan pemilihan universiti ini sebagai pusat prestasi tinggi kriket di institusi pengajian tinggi di negara ini," katanya.

Naib Canselor UKM yang merupakan penyokong kuat Kriket Melayu, Tan Sri Prof. Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menyampaikan hadiah kepada peserta klinik pada sesi petang.
 
MOHD. HARIS ABU BAKER (kiri) meninjau cara pukulan seorang peserta klinik di Oval UKM.
MOHD. HARIS ABU BAKER (kiri) meninjau cara pukulan seorang peserta klinik di Oval UKM.
 
BATUMALAI RAMANI (kanan) membetulkan cara balingan seorang peserta klinik di Bangi, 17 Januari 2010.
BATUMALAI RAMANI (kanan) membetulkan cara balingan seorang peserta klinik di Bangi, 17 Januari 2010.
 
MOHD. HARIS... Pegawai Pembangunan dan Teknikal Kriket Melayu.
MOHD. HARIS... Pegawai Pembangunan dan Teknikal Kriket Melayu.