NS bermegah di tangga paling atas liga

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Negeri Sembilan mengetuai pusingan awal dengan menduduki tangga teratas liga pertarungan kriket antara negeri setelah mengetepikan Kelantan dengan hanya empat larian di Kelab Aman, 22 Julai 2023.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan akan bertemu sama ada Johor atau Selangor dalam separuh akhir awal September 2023. 

Bermain hanya dalam 21 over berikutan gangguan hujan sebelum bertarung dan ketika 12.1 over dengan kedudukan Negeri Sembilan 53-2, saingan menjadi lebih terbuka apabila Kelantan mampu mengetuk 83-2 dalam sepuluh over awal.

Apabila juara musim lepas menamatkan pukulan 170-5, skuad pantai timur dikemukakan sasaran 181 larian berpandukan kaedah DLS.

''Kami bertekad memburu sasaran tetapi matlamat gagal dicapai walaupun semua pemain bekerja keras,'' kata Naib Yang Dipertua Persatuan Kriket Kelantan, Nik Anuay Abdullah.

Pemain terbaik perlawanan, Azwar Tajri berkata, ramai lagi pemain kebangsaan akan membarisi Negeri Sembilan dalam pertemuan separuh akhir dan babak seterusnya.

''Kami akan memaparkan keperkasaan sebenar Negeri Sembilan,'' katanya.

Kedah menghadiahkan dua mata kepada Johor kerana masalah teknikal di Kajang Oval, 22 Julai 2023.

Johor bakal berentap dengan Selangor untuk memastikan tempat ketiga dan keempat liga.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan aksi merebut Perisai Raja-Raja sejak mula dipertandingkan pada tahun 1951.

KEPUTUSAN
 
Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 4 larian.
(Perlawanan ditetapkan 21 over berikutan gangguan hujan. Sasaran 181 kaedah DLS)
 
Negeri Sembilan 170-5 (21 over) Azman Tajri 44; Azwar Tajri 32; Shafiq Sharif 30.
Kelantan 176-7 (21 over) Hairil Harisan 45; Azri Azhar Amiluz Zaman 32; Akmal Ziyad Zainuddin 23. Badrulhisham Bokhtian 3-23; Nik Azril Ariffin 2-32.
Pemain terbaik: Azwar Tajri (NS).
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL).
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Mevinder Dahliwal (SEL).
 
Johor menang percuma ke atas Kedah.
 


AZWAR TAJRI menerima penghargaan daripada pengadil, Mathan Kumar Muniandy setelah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan Negeri Sembilan menentang Kelantan.



PENGADIL Sivan Narayanan (kiri) dan kapten Negeri Sembilan Shafiq Sharif (dua kiri), ketua pasukan Kelantan, Fikri Makram Rosdi serta Mathan Kumar Muniandy selepas sesi undian di Kelab Aman, 22 Julai 2023.