Kelantan cemas sebelum menang

KUALA LUMPUR - Kelantan menerima kejutan daripada Perlis walaupun menang dengan satu wiket dalam pertemuan mendebarkan pada saingan kriket antara negeri di Kelab Aman, 15 Julai 2023.

Berada pada kedudukan 93-7, Kelantan berhadapan tekanan menyeksa tetapi gandingan ketua pasukan Fikri Makram Rosdi (53 tanpa tewas) dan pemukul kesembilan Atif Asri (27) memastikan skuad timur itu bergaya dengan rekod tanpa kalah.

''Perlis tidak bernasib baik walaupun kemenangan menghampiri kami. Apapun kami akan kembali dengan pasukan lebih berkemampuan musim depan,'' kata pengurus Perlis, Azmi Jaafar.

Empat pasukan; Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor sudah ke separuh akhir pada 2 dan 3 September. Apapun kedudukan akhir setiap pasukan hanya diketahui 5 Ogos apabila Johor menerima kehadiran Selangor di Mutiara Rini, Johor.

Bekas pemain kebangsaan, Fikri Makram yang menerima anugerah pemain terbaik perlawanan itu menyempurnakan 53 larian menerusi 54 serbuan.

Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan 22 Julai 2023 bagi memastikan juara kumpulan sebelum beraksi dalam separuh akhir. Babak akhir pada 9 September 2023.

Dalam satu perlawanan pada 15 Julai, Kedah terpaksa menghadiahkan kemenangan percuma kepada Negeri Sembilan berikutan masalah teknikal. 

KEPUTUSAN

Kelantan kalahkan Perlis dengan 1 wiket.
 
Perlis 180 (40 over) Fauzi Ariffin kekal 48; Salammuddin Sharip 30; Shahrul Izuddin Mukhtar 17. Akmal Ziyad Zainuddin 4-35; Azri Azhar Amiluz Zaman 3-12; Mahathir Razali 2-38.
Kelantan 182-9 (30.1 over) Fikri Makram Rosdi kekal 53; Atif Asri 27; Akmal Ziyad Zainuddin 18. Saufi Salim 3-32; Hanif Ahmad 2-25.
Pemain terbaik: Fikri Makram Rosdi (KEL).
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL).
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Mevinder Dahliwal (SEL).

Negeri Sembilan menang percuma ke atas Kedah.
(Masalah teknikal)
 


BARISAN Kelantan yang mengatasi Perlis dengan hanya satu wiket dalam pertemuan di Kelab Aman, 15 Julai 2023.



SETIAUSAHA Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia, Gerard Denis Singam (tengah) memberi penghargaan kepada pemain terbaik pertemuan Kelantan-Perlis, Fikri Makram Rosdi di Kelab Aman.



PEMAIN bersedia di hadapan astaka sebelum majlis kalungan pemain terbaik perlawanan, 15 Julai 2023.



AMMAR RUSLI (kiri) dan Ahmad Muhaimin Salahuddin dari Perlis yang merupakan pemain projek Kriket Melayu dalam pembangunan menengah lalu.



PENGURUS Kelantan, Nik Anuay Abdullah (kiri) lega apabila Kelantan masih berupaya kalahkan Perlis di Kelab Aman.