Kelantan gegar Kedah

KUALA LUMPUR - Kelantan membenam Kedah dengan sembilan wiket untuk memastikan kedudukan selesa dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri (Perisai Raja-Raja) di Kelab Aman, 19 Mac 2023.

Tanpa diduga, Kedah tertiarap awal dengan hanya mengumpulkan 42 larian dalam 12 over.

Kelantan yang dibarisi sebahagian bekas pemain kebangsaan mengambil peluang menghentikan pukulan apabila melepasi angka lawan hanya dalam 7.2 over.

Pembaling pembukaan Kelantan, Azri Azhar Amaluz Zaman  menyerbu cemerlang dengan meratah enam wiket untuk 24 larian.

''Kami dikejutkan dengan jatuhan wiket mudah dan ini menggerunkan pemukul apabila berada di lapangan tengah,'' kata kapten Kedah, Kamil Khirodin.

Bagi Kelantan, kemenangan mudah itu akan membakar semangat untuk terus bergaya dalam pertemuan dengan Johor 10 Jun ini.

''Kami akan menyenaraikan barisan hebat untuk menafikan kemenangan lawan di Mutiara Rini nanti,'' kata pengurus Kelantan, Nik Anuay Abdullah.  

KEPUTUSAN

Kelantan kalahkan Kedah dengan 9 wiket.
 
Kedah 42 (12 over) Azri Azhar Amaluz Zaman 6-24; Wan Haikal Azemi 3-13.
Kelantan 43-1 (7.2 over) Che Wan Razlan Zalati kekal 36.
 
Pemain terbaik: Azri Azhar Amaluz Zaman (KEL)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)
Pencatat: Samsyul Hisyam A. Manap (KL)
 
 
KELANTAN... bersama pengurus pasukan, Nik Anuay Abdullah (belakang, empat kiri).
 
 
BARISAN Kedah yang menentang Kelantan, 19 Mac 2023.