SMK (Perempuan) Pudu diterima dalam Projek Kriket Nasional

PENGETUA SMK (P) Pudu, Norhana Mustapha menyempurnakan kesepakatan dengan Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin di bilik persidangan sekolah berkenaan pada 13 Januari 2010.KUALA LUMPUR - Setelah setahun menerima latihan daripada jurulatih Persatuan Kriket Melayu Malaysia, kini Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu disahkan menjadi anggota Projek Kriket Nasional apabila Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 13 Januari 2010.
 
Kriket Melayu dan SMK (P) Pudu yang memiliki 52 pelatih menjadi pusat keempat Projek Kriket Nasional-- Pembangunan Menengah kendalian persatuan itu yang bergerak aktif membangunkan kriket sejak tahun 1999.
 
Tiga lagi pusat pembangunan peringkat menengah persatuan berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Kuala Lumpur), SMK Penang Free (Pulau Pinang) dan SMK Tinggi Kajang, Selangor. Pusat terdahulu, Sekolah Sukan Bandar Penawar direhatkan pembabitan sejak tahun 2008 kerana dasar kerajaan tidak membenarkan kemasukan pelajar kriket mulai tahun 2007.
 
"Ini merupakan sekolah projek perempuan pertama di negara dan kesungguhan pengetua dan pihak sekolah bersama pemain amat meyakinkan untuk persatuan menumpukan dengan penuh tanggungjawab membangunkan kriket di SMK (P) Pudu," kata Naib Presiden Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin.
 
Pengetua sekolah berkenaan, Norhana Mustapha telah membelanjakan jumlah besar untuk menyediakan lapangan tengah konkrit untuk kemudahan latihan tahun lepas dengan harapan dapat memastikan sistem latihan lebih tersusun di sekolah berkenaan.
 
Jurulatih Bangladesh dari Kriket Melayu, SM Mortuza Raihan akan meneruskan tugas membangunkan sukan berkenaan di sekolah berkenaan di samping penyertaan pemain bawah 12 dari SK (P) Pudu 1 dan 2.
 
"Saya yakin dengan kesungguhan kedua-dua pihak, pemain-pemain sekolah ini bakal mewakili skuad peringkat usia perempuan Malaysia dalam masa terdekat ini," kata Norhana yang pernah menjadi Guru Penolong Kanan SMK Victoria.
 
Berpandukan program pembangunan aktif di seluruh negara, hampir semua pemain yang mewakili pasukan peringkat usia nasional adalah daripada kumpulan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
 
PENGETUA SMK (P) Pudu, Norhana Mustapha menyempurnakan kesepakatan dengan Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin di bilik persidangan sekolah berkenaan pada 13 Januari 2010.
PENGETUA SMK (P) Pudu, Norhana Mustapha menyempurnakan kesepakatan dengan Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin di bilik persidangan sekolah berkenaan pada 13 Januari 2010.
 
PENGETUA SMK (P) Pudu, Norhana Mustapha menyempurnakan kesepakatan dengan Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin di bilik persidangan sekolah berkenaan pada 13 Januari 2010.
 
 
PENGETUA SMK (P) Pudu, Norhana Mustapha
PENGETUA SMK (P) Pudu, Norhana Mustapha