Bekas pemain remaja KL diserang angin ahmar

PEMAIN kriket bawah 18 Kuala Lumpur, Shamsul Amri Md. Hezir meninggal dunia pada 6 Januari 2023 di Shah Alam akibat serangan angin ahmar 

Shamsul Amri, 49, telah mewakili skuad Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur pada tahun 1990 dan 1991.   

Bekas pelajar Sekolah Menengah Alam Shah itu turut mewakili pasukan Berita Harian-Milo dalam Liga Selangor bagi merebut Perisai Navaratnam.

Seterusnya Allahyarham membarisi Kuala Lumpur dalam aksi Kriket Antara Negeri (Perisai Raja-Raja) apabila pertandingan itu dianjurkan semula pada tahun 1995. 

Shamsul Amri, ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak 2002 ialah seorang arkitek berwibawa. 

Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Selangor.
 
 
SHAMSUL AMRI... wakili remaja Kuala Lumpur dan pernah beraksi dalam Liga Kriket Selangor.