Bekas ahli majlis, M. Hanafiah meninggal dunia
Friday, 16 December 2022 20:55
BEKAS wartawan Berita Harian dan penggiat seni, M. Hanafiah A. Samad meninggal dunia petang 16 Disember 2022 di rumahnya di Gombak akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.
M. Hanafiah, 70, juga menganggotai Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai ahli majlis dari tahun 2002 hingga 2008 di bawah kepemimpinan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua pertubuhan itu.
Di samping bertugas selaku wartawan dan penulis, M. Hanafiah juga dipilih ahli lembaga Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad (1986-1992) dan pernah dilantik pengerusi badan itu pada tahun 1990.
Allahyarham juga bergiat sebagai ahli jawatankuasa Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia Cawangan New Straits Times (NUJ-NST) dan dihantar ke Jepun menyertai NSK Fellowship selama dua bulan pada 1988.
Dua anak M. Hanafiah mengambil bahagian dalam sukan kriket pada tahun 1990-an.
M. HANAFIAH (lima kiri) turut sama menyaksikan penyampaian watikah sebagai penerima Anugerah Program Pembangunan Terbaik Asia 2004 kepada Persatuan Kriket Melayu Malaysia menerusi Pengurus Pembangunan Majlis Kriket Asia, Sultan Rana kepada Yang Dipertua Kriket Melayu, DYMM Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman di Istana Negeri Sembilan, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2005.
M. HANAFIAH A. SAMAD