Perisai Raja-Raja milik Negeri Sembilan

NEGERI SEMBILAN mudah membenam Selangor dengan 132 larian dalam babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 26 November 2022.

Berikutan kemenangan besar ini, Negeri Sembilan terus menyimpan Perisai Raja-Raja selepas kejayaan tahun 2020. Tahun 2021, tiada kejohanan dianjurkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Setelah memenangi undian, Negeri Sembilan yang mencaturkan langkah untuk memukul berjaya meletakkan angka 218 untuk memastikan kesukaran bagi pasukan lawan.

Apabila Selangor berkedudukan 38-6 selepas sajian tengah hari, Negeri Sembilan semakin menghampiri kejuaraan dengan lawan hanya mengetuk setakat 86.

''Kami akan bangkit musim depan dengan pasukan lebih gagah dan bergaya,'' kata pengurus Selangor Nazruddin Nasir.

KEPUTUSAN – BABAK AKHIR

Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 132 larian.
 
Negeri Sembilan 218 (34.3 over) Ainool Hafizs Yatim 88; Amir Azim Shukor 39; Nik Azril Ariffin 17. KA Matsiah 3-15; Mahathir Razali 2-26.
Selangor 86 (17.3 over) Amirul Zubair Zulkifle kekal 32; Wan Azam Ahmad 25. Masrulnizam Masrom 5-25.
 
Pemain terbaik: Ainool Hafizs Yatim (NS)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (Sel).
Pencatat: Azlan Suaid (Ked).
 
 
PASUKAN juara, Negeri Sembilan bermegah dengan Perisai Raja-Raja.
 
 
KAPTEN pasukan bersama pengadil dan pegawai persatuan sewaktu undian sebelah pagi.
 
 
SHAFIQ SHARIF dari Negeri Sembilan menerima Perisai Raja-Raja daripada Timbalan Setiausaha Kewangan Kriket Melayu, Ramli Din di astaka Kelab Aman, 26 November 2022.
 
 
PEMUKUL Selangor, Faris Almas-Lee bersedia menghadapi serbuan lawan.
 
 
BARISAN pemain Selangor dan Negeri Sembilan bersama pegawai Persatuan Kriket Melayu Malaysia bergambar kenangan berlatarbelakangkan Kelab Aman.