Negeri Sembilan ke babak akhir bertemu Selangor

NEGERI Sembilan memerangkap Kedah dengan tujuh wiket pada 12 November 2022 untuk mara ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi bertemu Selangor pada 26 November.

Aksi merebut Perisai Raja-Raja itu juga akan berlangsung di Kelab Aman, Kuala Lumpur turut membuktikan Negeri Sembilan sebagai pasukan pilihan sesudah memenangi semua perlawanan pusingan awal manakala Selangor di tangga kedua.

Bermain dalam keadaan cuaca gelap dan diganggu hujan beberapa kali, Negeri Sembilan menguasai pertemuan itu dengan sasaran 102 untuk menang dalam 29 over berpandukan peraturan perlawanan berikutan gangguan.

Setelah menghimpun 124 larian, Kedah tersungkur kemudian apabila Negeri Sembilan mencapai kemenangan hanya dalam 19 over.

''Itu bukan kemenangan mudah bagi Negeri Sembilan. Mereka juga terpaksa bekerja keras,'' kata pengurus Kedah, Kamil Khirodin.

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Kedah dengan 7 wiket.
(Sasaran 102 dalam 29 over berikutan gangguan hujan)
 
Kedah 124 (34.2 over) Azri Azahar A. Zaman 43; Nor Shahrizat Nordin 41. Nik Azril Ariffin 5-20; Azwar A. Tajri 2-19.
Negeri Sembilan 102-3 (19 over) Azman A. Tajri 36; Aalif S. Bahrin kekal 19; Ainool Hafizs Yatim kekal 19.
 
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (NS)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (Sel).
Pencatat: Azlin A. Razak
 
 
PEMAIN terbaik perlawanan, Nik Azril Ariffin menerima pingat daripada pengadil, Mathan Kumar Muniandy.