Bekas timbalan menteri sertai kepemimpinan Kriket Melayu

BEKAS timbalan menteri, Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed dipilih Naib Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia dalam persidangan agung tahunannya di Rumah Kriket Melayu, 30 Oktober 2022.

Suleiman menang tanpa bertanding jawatan berkenaan bersama seorang lagi naib yang dipertua, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Setapak yang kemudian dinamakan Titiwangsa sejak tahun 1986 hingga 2004; turut memegang jawatan timbalan menteri selama 17 tahun.

Persidangan agung itu juga telah memastikan jawatan-jawatan lain dimenangi tanpa bertanding kecuali kedudukan yang dipertua dan timbalannya.

Sewaktu pencalonan ditutup 23 Oktober 2022, tiada pencalonan diterima bagi kedua-dua jawatan utama itu.

Yang dipertua terdahulu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia pada 28 Ogos 2021; timbalannya Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob pula meninggal 2 Julai 2022 dan Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin (naib yang dipertua) pada 16 September 2022.

Abdul Azim dengan gembira mengalu-alukan kehadiran Suleiman dalam majlis Kriket Melayu dan berjanji akan mencari nama tersohor dan mantap bagi jawatan utama yang masih kosong itu.

AHLI MAJLIS KRIKET MELAYU 2022-2024

Naib Yang Dipertua: Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed & Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.
Setiausaha Agung: Mohd. Najib Hassan
Setiausaha Kewangan: Rosmanizam Abdullah
Timbalan Setiausaha: Zainuddin Taib & Samsyul Hisyam A. Manap
Timbalan Setiausaha Kewangan; Ramli Din
Ahli Majlis Biasa: Mohsain Hashim, Ir. Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin, Faris Almas-Lee, Hussein Chou Abdullah, Muammar Isaruddin Mat Isa, Norharif Abdullah.
Juruaudit Dalam: Shamri Shamsul Anuar & Azemi Azizan
 
 
ANTARA ahli yang menghadiri persidangan agung tahunan 2022 di Rumah Kriket Melayu.
 
 
SULEIMAN tekun mempengerusikan persidangan di Rumah Kriket Melayu, 30 Oktober 2022.
 
 
SUHAIMI SUN ABDULLAH (kiri), Ramli Din dan Zainuddin Taib serius mendengar pandangan ahli.
 
 
SETIAUSAHA Agung Kriket Melayu, Mohd.Najib Hassan membentangkan laporan tahunan. 
 
 
BEKAS wartawan Utusan Malaysia, Shamri Shamsul Anuar (kanan) turut menghadiri persidangan agung. Beliau kemudian dilantik juruaudit dalam bagi penggal 2022-2044.