Negeri Sembilan pertahan kegarangan

NEGERI SEMBILAN  mengetepikan Selangor dengan 60 larian untuk kekal sebagai pasukan pilihan memenangi kejuaraan Perisai Raja-Raja musim 2022.

Kejohanan Antara Negeri anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu akan memastikan penentuan dua pasukan ke babak akhir apabila Kedah menunggu kehadiran Negeri Sembilan pada 12 November 2022; juga di Kelab Aman, Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan yang dipaksa untuk memadang setelah Selangor memenangi undian bermula kurang meyakinkan dengan kedudukan 50-4 di papan catatan sebelum gandingan bekas pemain kebangsaan, Faiz Ahmad Nasir (69 larian) dan Aalif S. Bahrin (58) telah melonjakkan angka sehingga 163. 

''Kami mampu menghimpun larian sehingga 199 untuk dikejar Selangor dan ia memberikan tuah kepada kami,'' kata penyelaras Negeri Sembilan, Azman A. Tajri.

Selangor kehilangan pemukul awal dengan mudah; 16-4 kecuali dibantu Fadzrin Kate-Lee (29) dan Amirul Zubair Zulkifle (43) yang antara lain mampu membawa Selangor ke angka penamat 139.

''Kami mengharapkan musim 2023 akan menghidangkan banyak lagi perlawanan dalam kejohanan yang dianjurkan sejak tahun 1951 ini,'' kata kapten Selangor, Faris Almas-Lee.

KEPUTUSAN:
 
Negeri Sembilan kalah Selangor dengan 60 larian.
 
Negeri Sembilan 199 (38.2 over) Faiz Ahmad Nasir 69; Aalif S. Bahrin 58; Zubair Asyraf Nor Azmi 20. Irfan Ashri 4-21; Faris Almas-Lee 3-29; Mahathir Razali 2-54. 
Selangor 139 (29.2 over) Amirul Zubair Zulkifle 43; Fadzrin Kate-Lee 29. Nik Azril Ariffin 3-34; Azwar A. Tajri 2-13.
 
Pemain terbaik: Aalif S. Bahrin (NS)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Mathan Kumar Muniandy (Sel).
Pencatat: Azlin A. Razak (Sel).
 
 
PEMAIN terbaik, Aalif S. Bahrin dari Negeri Sembilan menerima ganjaran daripada pengadil antarabangsa Sivan Narayanan di Kelab Aman, 22 Oktober 2022.
 
 
ANTARA pemain Selangor dan Negeri Sembilan menunggu pengumuman anugerah pemain terbaik di Kelab Aman.
 
 
BARISAN Negeri Sembilan yang memenangi pertemuan dengan Selangor di Kelab Aman, 22 Oktober 2022.