PENGUMUMAN AWAL TAHUN 2010

SEMPENA tahun baru 2010, Persatuan Kriket Melayu Malaysia memohon semua ahli (kecuali ahli seumur hidup) agar membaharui yuran tahunan.
 
Sila layari muat-turun keahlian (membership) dalam laman web ini dan rujuk kepada nama masing-masing. Jika nama dicetak dengan warna MERAH bermakna keahlian gagal dibaharui.
 
Apa pun harap hubungi kakitangan persatuan sama ada Harris Ismail, Batumalai Ramani atau Haris A. Baker untuk mengetahui jumlah sebenar yang terhutang sebagai anggota persatuan ini. Hubungi pejabat persatuan di talian 03.2145 0000 atau 03.2145 2222.
 
Cara bayaran sama ada dengan cek, kiriman wang (money order) atau datang ke pejabat persatuan di 2512 Jalan Bukit Petaling 50460 Kuala Lumpur. Cek atau kiriman wang atas nama PERSATUAN KRIKET MELAYU MALAYSIA.
 
Pastikan keahlian (RM15 setahun) dikemaskini untuk menghadiri persidangan agung tahunan pada 23 Mei 2010.