Aksi merebut Perisai Raja-Raja mulai Oktober
Tuesday, 09 August 2022 19:13
PERTANDINGAN kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja akan bermula awal Oktober 2022.
Ia akan berlangsung sehingga akhir tahun setelah ‘berehat’ musim 2021 berikutan Covid-19.
Perkara ini diumumkan Pengerusi Pertandingan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Zainuddin Taib setelah ketetapan diambil dalam mesyuarat kejohanan itu, 6 Ogos 2022.
Semua perlawanan dilangsungkan di Kelab Aman, Kuala Lumpur.
Mesyuarat juga bersetuju menerima Sarawak dan Sabah bersaing musim 2023; dengan beberapa perlawanan dikendalikan oleh kedua-dua negeri itu.
”Kami akan berbincang mengenai urusan teknikal dan keserasian aksi di sana kelak,” kata Zainuddin.
Beberapa pasukan lagi seperti Johor, Kelantan dan Melaka juga akan berentap pada 2023.
JAWATANKUASA PERTANDINGAN:
Pengerusi: Zainuddin Taib.
Setiausaha: Samsyul Hisyam A, Manap
Ahli: Rosle Azmi, Sivan Narayanan, Hussein Chou Abdullah, Azwar Tajri, Ahmad Husni Mohsin.
ZAINUDDIN TAIB mempengerusikan mesyuarat pertandingan Kriket Melayu di Kuala Lumpur, 6 Ogos 2022. Kredit - Gambar ROSLE AZMI.