Kepemimpinan Kelab Aman, Kriket Melayu berbincang

BARISAN pegawai Kesatuan Sikh Selangor Kelab Aman (SSU Kelab Aman) telah mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, 7 Julai 2022; antaranya kerjasama dalam membangunkan sukan kriket bagi kumpulan sasar bawah 12 tahun.

Rombongan SSU Kelab Aman diketuai presidennya, Parvinder Singh Doal bersama setiausaha Buljeet Kaur Khera dan ahli jawatankuasa Avethar Singh berbincang sambil menikmati jamuan petang di Rumah Kriket Melayu di Kuala Lumpur.

Kriket Melayu diwakili setiausaha kewangannya, Rosmanizam Abdullah, Mohsain Hashim, Muammar Isaruddin Mat Isa dan ahli kehormat Selvanathan Subramaniam. 

Di samping kriket, wakil SSU Kelab Aman turut merancang pembabitan mereka dalam program bola sepak, bola jaring, ragbi  serta hoki.

Beberapa kegiatan yang boleh memanfaatkan kedua-dua pihak turut juga dibangkitkan.
 
 
KEPEMIMPINAN Kriket Melayu dan SSU Kelab Aman bergambar kenangan di sudut galeri trofi di Rumah Kriket Melayu pada 7 Julai 2022.

 
PEGAWAI Kriket Melayu (dari kiri) Mohsain Hashim, Muammar Isaruddin Mat Isa, Rosmanizam Abdullah dan Selvanathan Subramaniam.
 
 
SSU KELAB AMAN diwakili Parvinder Singh Doal (tengah), Buljeet Kaur Khera (kanan) dan Avethar Singh.