Kriket Melayu hargai Cikgu Jacob

PENYELARAS pasukan kriket bawah 12 Kuala Langat sehingga tahun 2017, Jacob Mathews meninggal dunia 17 Jun 2022 di Banting merupakan pegawai yang sentiasa bekerja keras membangunkan sukan itu.

Sejak Persatuan Kriket Melayu Malaysia membangunkan pemain dari peringkat akar umbi itu sejak tahun 1998, mendiang yang dikenali sebagai Cikgu Jacob telah melahirkan ramai pemain kebangsaan termasuk kumpulan peringkat usia nasional yang berwibawa.

Serentak dengan projek Kriket Melayu itu yang dikenali sebagai Program Pembangunan Kriket Remaja, skuad bawah 12 Kuala Langat menjadi juara pada awal pertandingan bagi merebut Perisai Ahmad Sarji itu pada tahun 1999 dan 2000. 

Antara pemain peringkat usia nasional yang ditonjolkan Cikgu Jacob ialah Lokman Maszalan, Elmi A. Rahman, Zul Hairy Jumakatim, Ahmad Norharif Hamidon, Haziq Norhaizan, Norhamizan Hamidon, Hazim Norhaizan dan Fazly Daros.

Turut sama dilahirkan di Kuala Langat ialah bekas kapten kebangsaan Suhan Kumar Alagaratnam yang kini bermastautin di Kanada. 

''Kriket Melayu menghargai jasa Cikgu Jacob yang menyumbang tenaga tanpa memikirkan ganjaran peribadi,'' kata Naib Yang Diperteua Kriket Melayu,'' Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

Di samping kriket, mendiang juga menabur khidmat secara aktif dalam sukan lain seperti olahraga dan bola baling.

 
 
 
JACOB MATHEWS (kiri) bersama pasukan bawah 12 Kuala Langat yang merangkul Perisai Ahmad Sarji apabila menjuarai saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun 2000 anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia.