Saidi Musa meninggal dunia

PEMUKUL perkasa skuad kriket peringkat usia nasional awal 20-an, Saidi Musa meninggal dunia petang 28 April 2022 difahamkan terbabit dalam kemalangan. 

Saidi 36, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah mula bermain dalam skuad senior apabila membarisi pasukan Melayu Malaysia dalam liga utama kebangsaan tahun 2000 ketika berusia 14 tahun.

Pemain ini juga beraksi untuk Melayu Malaysia dalam saingan Trofi Melayu Antarabangsa di Colombo, Sri Lanka juga dalam tahun 2000 bersama seorang lagi pemain seangkatannya, Shukri A. Rahim dari Kelantan.

''Kami kehilangan Saidi yang sentiasa berjiwa besar,'' kata bekas kapten Melayu Malaysia, Mohd. Firdaus Abdullah @ Tan Kim Hing.

Saidi diberi peluang sebagai penjaga wiket Melayu Malaysia dan bermain bersama nama-nama besar dalam skuad itu seperti Asgari Stephens, Haris Abu Baker, Siswanto Moksun Hadi, Yazid Imran, Suresh Navaratnam serta barisan import,Tushara Kodikara, Sarath Jayawardena, Kapila Silva dan Priyankara Wickramasinghe.

Saidi juga berpeluang bertugas sebagai pembantu kepada kurator padang antarabangsa di Bayuemas Oval.
 
 
SAIDI MUSA... rakaman tahun 2000 ketika berusia 14 tahun.
 
 
SAIDI MUSA (kiri) bersama Shiekh Rohan Razak dan Shukri A. Rahim (kanan) sewaktu di Colombo, Sri Lanka tahun 2000. Mereka membarisi Melayu Malaysia dalam saingan Trofi Melayu Antarabangsa.