Persefahaman baharu dicapai UKM, Kriket Melayu

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mencapai persefahaman baharu dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia setelah selesai berbincang dalam sesi serius, 9 Ogos 2021.

Dalam pertemuan itu yang diketuai naib canselornya Prof. Datuk Dr. Ekhwan Toriman, UKM akan mengemukakan maklum balas mengenai keperluan Kriket Melayu di samping Pusat Sukan UKM akan menyuntik keseriusan dalam membangunkan semula kriket sebagai sebuah pusat prestasi tinggi.

''Dalam program Kriket Melayu-UKM sejak 2007 hingga 2017, UKM antara pusat prestasi tinggi yang menempatkan  ramai pemain negara dan ini perlu difikirkan semula,'' kata Timbalan Setiausaha Kriket Melayu, Hamrizal Haris.

Turut hadir dalam perbincangan semalam ialah Pengarah Pusat Sukan UKM, Dr. Zulkafli Amat dan pegawai kanannya, Suhaimi Sulaiman.  Kriket Melayu diwakili Hamrizal, setiausaha kewangan persatuan, Rosmanizam Abdullah dan ahli majlis Shiekh Rohan Razak.

Bulan Julai 2021, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) juga bermesyuarat dalam talian dengan UKM; antaranya mohon penggunnaan YSD-UKM Oval sebagai antara gelanggang utamanya.

Kriket Melayu mengalu-alukan hasrat MCA menjadikan oval berkenaan sebagai gelanggang penting berikutan langkah pengambilan balik hartanah di Kinrara Oval di Puchong oleh pemiliknya. 

Juga diifahamkan Bayuemas Oval yang dibina bagi kegunaan Kriket Melayu dari tahun 2004 hingga Disember 2020 juga masih belum ada ketetapan untuk pajakan pihak lain.
 


PROF DR. EKHWAN TORIMAN

 
ASTAKA YSD-UKM Oval yang dibina mengikut keperluan Majlis Kriket Antarabangsa.