Mass Yusof meninggal dunia

AHLI Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Mohd, Yusof Abdul Wahid, 65, meninggal dunia pukul 8.30 pagi, 23 Julai 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Bekas Ketua Unit Grafik Utusan Malaysia itu dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor pada 19 Julai sesudah demam selama seminggu. Isterinya, Zabedah Koming pula sedang dirawat di Hospital Selayang.

Allahyarham yang turut terkenal dengan panggilan Mass Yusof menjadi ahli Kriket Melayu sejak tahun 1994 dan merupakan pemukul pertengahan sewaktu mewakili pasukan utama Anglo Chinese School, Klang.

Antara sumbangan besar Mass Yusof ialah lakaran Akademi Kriket Melayu yang dihasilkannya telah dibentangkan dalam persidangan agung 1999 persatuan itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman. 

Berikutan lakarannya itu, Timbalan Yang Dipertua Kriket Melayu pada waktu itu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah berbincang dengan pengurusan Golden Hope Plantations Berhad untuk membina gelanggang kriket antarabangsa yang dinamakan Bayuemas Oval yang turut memiliki sebuah akademi. 

Bayuemas Oval yang terletak di Estet Sungai Sedu, Klang siap sepenuhnya pada 2004.
 


MASS YUSOF... sewaktu mengetuai unit rekabentuk Utusan Malaysia.

 
MASS YUSOF (kanan) dan isterinya, Zabedah Koming (duduk, kiri).



LAKARAN pertama Mass Yusof.



LAKARAN kedua Mass Yusof yang dibentangkan pada Persidangan Agung Kriket Melayu tahun 1999.