Wartawan veteran Roseminah meninggal

WARTAWAN veteran, Roseminah Ahmad meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur petang  5 Jun 2021

Roseminah, 73,  juga Timbalan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) telah menerima rawatan di hospital berkenaan tiga minggu lepas. Beliau juga ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Roseminah menyertai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai wartawan pada tahun 1968 dan pernah memegang jawatan pengarang majalah Wanita yang popular pada waktu itu.

Allahyarham seterusnya naik pangkat sebagai ketua pengarang majalah dan kemudian ke jawatan lebih tinggi sebagai pengurus jabatan pengarang. Roseminah bersara daripada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada 2005.

Rakan seangkatannya di Utusan Melayu antaranya Faridah Idris, Maimunah Yusof dan Tengku Mahmood Hassan.






ROSEMINAH (dua kiri) di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada. buman April 2021



ROSEMINAH (duduk dua dari kanan) bersama rakan wartawan awal tahun 1970-an.