Ramai muka baharu dalam kepemimpinan Kriket Melayu

MUKA baharu menguasai majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebaik sahaja pengumuman dibuat dalam persidangan agung tahunan yang dilangsungkan dalam talian, 30 Mei 2021.

Yang Dipertuanya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang kekal tanpa ditandingi jawatan tertinggi itu berkata, semua ahli majlis biasa musim 2021-22 dibarisi 'orang baharu'. Mereka ialah Mohsain Hashim, Shiekh Rohan Razak, Faris Almas-Lee, Ali Suman, Muammar Isaruddin Mat Isa dan Azman A. Tajri.

Setiausaha Kewangan sejak 1996, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi kini dipilih naib yang dipertua bersama Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin. 

Setiausaha agung bertukar tangan kepada Mohd. Najib Hassan. Manakala Rosmanizam Abdullah yang memegang jawatan itu selama 29 tahun diberi tugas sebagai setiausaha kewangan.

Timbalan setiausaha ialah Prof. Ir. Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin dan Hamrizal Haris. Bekas Pengetua Penang Free School Ramli Din memegang jawatan timbalan setiausaha kewangan.

Dua juruaudit dalam ialah Abul Hisyam Anuar dan Ahmad Norharif Hamidon.
 


HAMRIZAL HARIS 



MOHSAIN HASHIM



NAJIB HASSAN