UKM tumbangkan Chittagong untuk bergelar juara

BARISAN pemain dan kepimpinan UKM meraikan kecemerlangan menjuarai saingan kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, semalam.KLANG -- Tahun ini giliran Universiti Kebangsaan Malaysia mengungguli saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia apabila menang besar, lapan wiket ke atas University of Chittagong dalam babak akhir menghiburkan di Bayuemas Oval pada 6 Disember.
Setelah memastikan juara tahun lalu, University of Colombo tersungkur untuk tempat ketiga, tuan rumah yang merelakan lawan melakukan 190 larian tidak tertekan dalam sesi memukul apabila menghabiskan pertemuan berkenaan dalam hanya 32.5 over.
 
Gandingan wiket pertama berjumlah 89 antara dua pembuka, Shafiq Sharif (54 larian) dan Faris Almas-Lee (26) telah menyemarakkan impian bergelar juara. Selepas kedua-dua pemukul dipulangkan ke astaka, gandingan wiket ketiga antara Faiz M. Noor dan Aminudin Ramly  berjumlah 98 larian memastikan kejuaraan berpihak kepada UKM dalam edisi kedua itu.
 
"Kami berterima kasih kepada tenaga kejurulatihan dan pemain yang bekerja keras untuk menang tahun ini.

"Kami akan lebih bersedia untuk menganjur dan mengulangi kecemerlangan dalam saingan Antara Varsiti Antarabangsa pula tahun depan," kata Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
 
Aminudin dipilih pemain terbaik perlawanan akhir manakala Shafiq pula pemain terbaik kejohanan.

 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan University of Chittagong dengan 8 wiket.
 
University of Chittagong 190-9 (50 over) Ashraful Haque Chy kekal 71, Shabibul Azam 25. Nik Azril Ariffin 3-22, Aminudin Ramly 2-46.
UKM 191-2 (32.5 over) Shafiq Sharif 54, Aminudin Ramly kekal 52, Faiz M. Noor kekal 42, Faris Almas-Lee 26.
 
Pemain terbaik kejohanan: Shafiq Sharif (UKM)
Pemain terbaik babak akhir: Aminudin Ramly (UKM)

FARIS ALMAS-LEE... Aksi sewaktu bergadingan dengan Shafiq Sharif selaku pemukul pembukaan.

FARIS ALMAS-LEE... Aksi sewaktu bergadingan dengan Shafiq Sharif selaku pemukul pembukaan.

BARISAN pemain dan kepimpinan UKM meraikan kecemerlangan menjuarai saingan kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, semalam.

BARISAN pemain dan kepimpinan UKM meraikan kecemerlangan menjuarai saingan kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, semalam.