Ahmad Sarji rasmi Rumah Kriket Melayu

RUMAH Kriket Melayu yang siap pengubahsuaiannya tiga bulan lepas dilancar dengan rasmi pada 5 April 2021 oleh Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Hartanah berkenaan yang dibeli secara tunai di Lorong Damai 7, Kuala Lumpur kini dijadikan ibu pejabat Kriket Melayu selepas berpindah dari pejabat di Bukit Petaling, juga di ibu negara.

Bekas Ketua Setiausaha Negara itu berkata, di samping pejabat, rumah itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain yang serba bagus.

''Yang paling menarik ialah kedudukan hartanah ini hanya beberapa meter sahaja dari padang kriket Kelab Aman. 

''Kami juga telah mengadakan persefahaman awal dengan pengurusan Kelab Aman untuk menaiktaraf gelanggang latihan,'' katanya.

Sebaik sahaja selesai majlis pelancaran, pemain Negeri Sembilan dan Tentera menerima hadiah selaku juara bersama saingan antara negeri merebut Perisai Raja-Raja bagi musim 2020.



AHMAD Sarji berucap dalam majlis pelancaran Rumah Kriket Melayu pada 5 April 2021.



ANWAR Arudin (kiri) dari Tentera dan kapten Negeri  Sembilan Fhadli Ishak menerima Perisai Raja-Raja daripada Ahmad Sarji.



INILAH Rumah Kriket Melayu.