Afrika Selatan mahu Sri Lanka jadi penganjur

PERTANDINGAN kriket bagi merebut Trofi Melayu Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan hujung tahun 2021 dirancang dianjurkan setahun kemudian di Sri Lanka.

Presiden Ottoman CC yang mewakili Melayu Afrika Selatan, Rydwaun Salie telah mencadangkan agar kejohanan yang sepatutnya ber;langsung pada tahun 2018 dianjurkan di Colombo.

''Pertandingan sepatutnya berlangsung dua tahun sekali selepas Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2016 tidak dapat diadakan di Sri Lanka berikutan pengeboman di beberapa  tempat pada waktu itu. 

''Pada tahun 2019 ia sepatutnya dianjurkan  di Hambantota di selatan Sri Lanka tetapi penularan Covid-19 memaksa tuan rumah 'berdiam diri' sehingga sekarang.

Berikutan itu, Rydwaun berharap sebuah lagi pertubuhan di Sri Lanka, Moors CC akan menjadi tuan rumah pada hujung tahun 2022.

''Saya meminta Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai badan penyelaras untuk menghubungi pihak di Colombo terutama sekali Presiden Moors CC, Shafiek Rajabdeen,'' kata Rydwaun.

Siri pertandingan merebut Trofi Melayu Antarabangsa bermula mulai tahun 1999.  Kemudian ia dikembangkan dengan penyediaan acara bawah 15 di samping senior. Apapun dalam pertandingan akan datang hanya acara senior dipertaruhkan.

Ottoman CC bagaimanapun akan menganjurkan acara bawah 19 hujung 2021 di Cape Town dengan penyertaan empat pasukan termasuk skuad Kelantan.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
RYDWAUN Salie (dua dari kiri) bersama rakan-rakan dari Malaysia dalam majlis rasmi tahun 2019.