Ahli perlu bayar yuran tahunan
Sunday, 07 February 2021 21:35
PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia meminta semua ahlinya memperkemaskan keahlian masing-masing.
Kepada ahli biasa, yuran tahunan masih kekal RM15.
Dalam kenyataan ringkasnya, Kriket Melayu berharap ahl-ahli boleh melakukan bayaran secara talian ke akaun CIMB Bank Berhad 8000219358 (Persatuan Kriket Melayu Malaysia) dan menghantar slip bayaran menerusi whatsapp ke talian 016.3313355.
Persidangan agung tahunan dirancang berlangsung sebelum 31 Mei 2021 untuk mengharungi laporan 2019 dan 2020.
Bagi persidangan akan datang, pemilihan ahli majlis baharu juga akan berlangsung. Difahamkan beberapa jawatan penting bakal menjadi rebutan sebagai pengisian anggota yang akan melepaskan jawatan.