Negeri Sembilan mara untuk berentap dengan Tentera

JUARA bertahan, Negeri Sembilan mara ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri menerusi kemenangan 149 larian ke atas Selangor dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 12 dan 13 September 2020.

Finalis tahun lepas, Selangor tumpas berikutan kegagalan bertahan lama dalam ining pertama apabila hanya melakukan 74 larian; ketinggalan 103 larian.

Apapun, Negeri Sembilan mengasak untuk mengumpulkan 212-9 dalam ining kedua dengan mengatasi Selangor dengan 315 larian. Selangor tidak bekemampuan untuk mengejar angka tinggi itu dan terhenti pukulan setakat 166 dalam 34.5 over.

''Kami tidak sempat mengejar kerana waktu terhad,'' kata pengurus Selangor Zulimy Ariffin.

Dengan kemenangan itu, perebutan Perisai Raja-Raja dimuktamadkan antara Tentera dengan Negeri Sembilan di Bayuemas Oval pada 17 hingga 19 Oktober 2020.

Tentera menduduki tangga keempat saingan tahun 2019.

KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 149 larian. 
 
Ining pertama:
Negeri Sembilan 177  (53.1 over)  Amir Azim Shukor 40; Aminudin Ramly 38; Ainool Haqqiem Yatim 35; Nik Azril Ariffin 16; Zaid Asyraf Nor Azmi 10. Norhamizan Hamidon 4-38; Nik Nazran Anuay 2-30; Trisman Rudi 2-52.
Selangor 74 (53.4 over) Wan Azam Ahmad 16; Amdan Wiliyoh 14; Fadzrin Kate-Lee 10. Anwar A. Rahman 4-7.
 
Ining kedua:
Negeri Sembilan 212-9 dec. (44 over)  Aminuddin Ramly 83; Ainool Haqqiem Yatim 42; Amir Azam Shukor 24; Zaid Asyraf Nor Azmi 13; Masrulnizam Masrom 12. Faizshal Niaz-Lyn 3-19; Norharif Hamidon 3-46; Norhamizan Hamidon 2-49.
Selangor 166 (34.5 over) Wan Azam Ahmad 65; Faris Almas-Lee 33; Norhamizan Hamidon 23; Nik Nazran Anuay 16. Anwar A, Rahman 4-5; Ainool Hafizs Yatim 2-0; Nik Azril Ariffin 2-48.
 
Pemain terbaik: Aminudin Ramly (NS)
Pengadil: Sivan Narayanan (PRK) & Denish Sevakumaran (SEL)



AMINUDIN RAMLY (kiri) menerima pingat pemain terbaik daripada wakil Kriket Melayu Zainuddin Taib di Bayuemas Oval 13 September 2020.