Kelantan dimalukan Tentera
Saturday, 05 September 2020 22:02
ANGKATAN TENTERA meratah Kelantan dengan kemenangan besar; ining dan 91 larian dalam separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval 5 September 2020.
Kelantan yang memenangi undian dengan memukul pada sebelah pagi hanya melakukan 88 larian; angka rendah dilihat bakal memihak kepada Tentera yang membariskan semua pemain berpengalaman di peringkat nasional.
Sebaik memukul Tentera yang kehilangan dua wiket awal menyempurnakan 219-3 dalam 35 over sebelum mereka membuat deklarasi. Pemukul perkasa, Anwar Arudin bertahan 101 tanpa tewas.
Tidak bertahan lama, Kelantan dipulangkan ke astaka setakat 40 larian dalam ining kedua untuk membakar semangat Tentera bertemu pemenang antara Selangor dengan Negeri Sembilan. Separuh akhir kedua berlangsung 12 dan 13 September 2020 juga di Bayuemas Oval.
Ahli Majlis Kriket Kelantan, Zainuddin Harun tidak boleh membayangkan kekalahan teruk yang menimpa Kelantan.
''Kami akan melakukan sesuatu terutama sekali merombak jawatankuasa kejurulatihan. Aksi memalukan ini tidak boleh berterusan,'' katanya.
KEPUTUSAN
Tentera kalahkan Kelantan dengan ining dan 91 larian.
Ining pertama:
Kelantan 88 (27.1 over) Fadli Haris A. Rahman 17; Shahril Aizat Nor Azmi 16; Zaim Asnawi Osman 12. Shukri A, Rahim 4-22; Syahadat Ramli 4-35.
Tentera 219-3 (35 over) Anwar Arudin kekal 101; Nazril A. Rahman 59; Syahadat Ramli kekal 26.
Ining kedua:
Kelantan 40 (12.1 over) Ammar Zuhdi Hazalan 19. Syahzrul Ezat Idrus 6-13.
Pemain terbaik: Syahadat Ramli (TEN)
Pengadil: Sivan Narayanan (PRK) & Mathan Kumar Muniandy (SEL
SYAHADAT RAMLI (kiri) menerima ganjaran pemain terbaik pertemuan Tentera dengan Kelantan daripada Pembantu Pengurusan Kriket Melayu Zainuddin Taib di Bayuemas Oval 5 September 2020