Separuh akhir kriket antara negeri September
Monday, 27 July 2020 21:39
BABAK separuh akhir dan perlawanan akhir Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja akan bersambung pada awal September 2020.
Pembantu pengurusan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Zainuddin Taib berkata, separuh akhir pertama di antara Tentera dengan Kelantan berlangsung pada 5-6 September di Bayuemas Oval manakala satu lagi pertemuan; Selangor menentang Negeri Sembilan 12-13 September.
Babak akhir dijadualkan tiga hari pada 17 hingga 19 Oktober 2020 juga di Bayuemas Oval.
Pertarungan bagi merangkul Perisai Raja-Raja itu dimulakan sejak tahun 1951 setelah perisai itu dihadiahkan oleh raja-raja Melayu pada 1950.
Kriket Melayu buat masa sekarang menunggu garis panduan perlawanan; berikutan masalah Covid-19 daripada Kementerian Belia dan Sukan dengan timbalan setiausahanya, Najib Hassan telah ditugaskan bagi mendapatkan makluman kerajaan.