Kriket Trofi Melayu berpindah ke Cape Town 2021?

PENGANJURAN pertandingan kriket merebut Trofi Melayu Antarabangsa XII yang sepatutnya berlangsung akhir Disember 2020 di Hambantota, Sri Lanka terpaksa ditunda lagi.

Ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih belum selesai dan membimbangkan penyertaan Malaysia dan Afrika Selatan.

Berpandukan perbincangan menerusi  telefon dua hari lepas, wakil Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Colombo, Senarath Alwis bersetuju kalau kejohanan ini ditangguh ke tahun 2021 berikutan kesukaran untuk mengendalikannya tahun 2020.

Pertarungan yang sepatutnya berlangsung tahun 2019 juga ditunda kerana Sri Lanka ketika itu menghadapi masalah keselamatan berikutan beberapa letupan bom oleh pengganas di negara itu.

Trofi Melayu Antarabangsa diperkenalkan pada tahun 1999 di Kuala Lumpur dengan penyertaan Melayu Sri Lanka tetapi kemudian ia mnejadi tiga negara dengan kehadiran  Melayu Afrika Selatan dua tahun kemudian. 

Pengerusi Melayu Afrika Selatan, Fareed Abrahams berkata jika Sri Lanka sukar menjadi tuan rumah tahun 2021, Cape Town atau Port Elizabeth akan melakukan tawaran untuk menganjurkannya. 

''Kami akan membuat keputusan rasmi sehari dua lagi,'' katanya,
 
 
 

PASUKAN Kriket Melayu Sri Lanka bergambar dengan Yang Dipertua Kriket Melayu Tuanku Ja’afar sewaktu menyertai kejohanan tahun 1999.



TUANKU Ja’afar diperkenalkan dengan kontinjen Melayu Afrika Selatan tahun 2001.



PRESIDEN Melayu Afrika Selatan Rydwaun Salie menyampaikan cenderamatan daripada Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela kepada Tuanku Ja’afar dalam majlis makan malam pertandingan 2001.