Azim minta Pesuruhjaya Sukan atur langkah terbaik
Thursday, 07 May 2020 21:01
PERSIDANGAN agung tahunan Persatuan Kriket Melayu Malayia yang sepatutnya berlangsung 31 Mei 2020 terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.
Tidak dapat dinafikan krisis Covid-19 yang masih tidak selesai ini juga memaksa Kriket Melayu enggan menetapkan sebarang tarikh bagi mesyuarat akan datang.
Setiausaha kewangannya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi turut mengumumkan semua pertandingan sama ada yang masih belum selesai dan akan dianjurkan akan terus dihentikan tahun ini.
''Masa depan untuk penganjuran dan bermesyuarat bagi tahun ini saya jangka amatlah tipis.
''Saya mengesyorkan Pesuruhjaya Sukan lebih berhati mulia untuk mengeluarkan arahan menunda sebarang kegiatan ke tahun 2021 sahaja.''
Abdul Azim mencadangkan agar Pesuruhjaya Sukan dapat memanjangkan tempoh pentadbiran kepemimpinan persatuan-persatuan sukan ke tahun 2021 dengan segala laporan baik kewangan atau kegiatan dapat dibentangkan ke musim berikut sahaja.
''Ambil jalan terbaik untuk semua,'' kata Abdul Azim yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia.
ABDUL AZIM MOHD. ZABIDI... juga hentikan penganjuran acara.