Saingan bawah 19 kriket di Afrika Selatan hanya pada 2021

PERTARUNGAN kriket bawah 19 antarabangsa yang akan dianjur di Cape Town, Afrika Selatan September 2020 terpaksa ditangguhkan ke tahun 2021.

Kejohanan bakal dikendalikan Ottoman Cricket Club itu ditunda berikutan penularan wabak Covid-19.

Antara pasukan yang mengesahkan untuk mengambil bahagian ialah Persatuan Kriket Kelantan, Kelab Selangor Diraja, Persatuan Kriket Singapura dan tuan rumah itu sendiri.

Kejohanan dirancang dua tahun sekali itu dipersetujui dalam mesyuarat Disember 2019 di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali.

Presiden Ottoman CC, Rydwaun Salie berkata, mesyuarat di Surrey Estate Oval di Athlone, Cape Town pada 9 April 2020 itu bersepakat untuk menunda pertandingan agar semua pasukan yang menyertai dapat melakukan persediaan sebelum bersaing dalam kejohanan berkenaan.

Ottoman CC merupakan kelab kriket Melayu yang diwujudkan pada tahun 1882.

Kelab itu yang mewakili Melayu Afrika Selatan juga menunggu perkembangan daripada Hambantota CC, Sri Lanka yang menjadi tuan rumah pertandingan Trofi Melayu Antarabangsa Disember 2020 sama ada boleh meneruskan penganjuran.

Melayu Malaysia yang mengasaskan pertandingan itu pada tahun 1999 turut sama akan menyertainya tetapi hanya membariskan oasukan senior. Pasukan bawah 15 tidak disenaraikan berikutan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sudah menghentikan pembangunan di seluruh negara sejak Ogos 2017.
 
 
 
Rydwaun Salie dan isteri sewaktu berada di Kuala Lumpur Disember 2019.