Penghargaan kepada pemain projek, penyelaras

SEMUA bekas pemain Projek Kriket Nasional (Pembangunan Menengah) kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai program tahun 2002 boleh menghubungi pejabat pertubuhan itu untuk mendapatkan pakaian projek sekolah masing-masing.

Ribuan pemain daripada projek di Victoria Institution, Penang Free School, Kajang High School, SMK Clifford, SMK (P) Pudu, SMK Segambut Jaya, SMK Tengku Indra Petra dan SMK Titiwangsa diminta menghubungi Setiausaha Kriket Melayu Rosmanizam Abdullah bagi mendapatkan sepasang pakaian Projek Kriket Nasional. (Talian 016.3313355 / 03.21452222)

Kriket Melayu menghadiahkan pakaian projek jenama CA itu sebagai tanda kenangan kepada semua pemain yang membarisi sekolah projek nasional dikendalikan tanpa gagal oleh Kriket Melayu.

Semua pemain dihantar ke sekolah projek berkenaan hasil Program Pembangunan Kriket Remaja; iaitu kumpulan bawah 12 juga kendalian Kriket Melayu di serata pelosok negara. 

Antara pusat bawah 12 yang cemerlang ialah Kota Bharu, Machang, Krai, Gua Musang (Kelantan), Westland (PP), Ipoh, Kuala Langat (Selangor), Gemencheh, Gadong (NS), Gelang Patah, Kluang, Parit Jawa (Johor), Kota Kinabalu, Kuching dan Pekan dan Kuala Lipis dari Pahang.

Semua projek pembangunan itu dihentikan serta merta pada 22 Ogos 2017 di samping pusat prestasi tinggi di tiga pusat pengajian tinggi berikutan banyak campur tangan pihak luar yang difahamkan bersikap iri hati dengan kecemerlangan program Kriket Melayu.

Kriket Melayu ketika itu membahagikan projek menengah dikendalikan oleh lapan jurulatih pembangunan dari luar negara manakala bagi program bawah 12 diuruskan oleh penyelaras tempatan dengan pemantauan jurulatih import.

Bekas penyelaras tempatan juga ditawarkan sepasang pakaian projek.