UKM menyerah kepada Chittagong

KETUA pasukan UKM, Faiz M. Noor melakukan hayunan untuk pukulan empat dalam saingan menentang University of Chittagong di Bayuemas Oval, 4 Disember.KLANG - Pertemuan prababak akhir antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan University of Chittagong, Bangladesh di Bayuemas Oval di sini, 4 Disember, berakhir dengan kemenangan bagi pasukan pelawat setelah perlawanan hanya diperuntukkan sebanyak 29 over setelah hujan lebat pada sesi pagi.
 
Dengan penumpuan untuk melakukan pelbagai aksi pukulan perkasa, UKM berjaya menimpun 156 larian dalam 28.3 over dengan pembuka pukulan Shafiq Sharif memperoleh 60 larian di samping Faiz M. Noor, 48 dalam gandingan wiket kedua berjumlah 114 larian.
 
Berkedudukan 85-5 dengan baki sembilan over, Chittagong yang pada awalnya sukar untuk memintas sasaran dengan bergaya memastikan kemenangan ketiga pasukan itu apabila menghimpun 157-6 dalam 28 over; berbaki enam balingan.
 
Rubel Biswas memastikan pingat pemain terbaik menjadi miliknya lagi.
 
Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam babak akhir pada 6 Disember di Bayuemas Oval. Penentuan ketiga antara University of Colombo, Sri Lanka dengan Christ University, India berlangsung 5 Disember, juga di Bayuemas Oval.

 
University of Chittagong kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan 4 wiket.
 
UKM 156 (28.3 over) Shafiq Sharif 60, Faiz M. Noor 48. Iqbal Bahar 3-18, Mahfuzur Rahman 3-13.
University of Chittagong 157-6 (29 over) Rubel Biswas 56, Shabibul Azam 22, Asharaful Hossain Babu kekal 20. Hazrul Zainal 2-38.
Pemain terbaik: Rubel Biswas (Chittagong)

KETUA pasukan UKM, Faiz M. Noor melakukan hayunan untuk pukulan empat dalam saingan menentang University of Chittagong di Bayuemas Oval, 4 Disember.

KETUA pasukan UKM, Faiz M. Noor melakukan hayunan untuk pukulan empat dalam saingan menentang University of Chittagong di Bayuemas Oval, 4 Disember.