Perlis kejutkan Kelantan dengan 64 larian

KUALA LUMPUR: Perlis yang menduduki ranking ketiga tahun lalu mengatasi Kelantan dengan 64 larian dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, 22 dan 23 Februari 2020.

Ketinggalan 10 larian dalam ining pertama memaksa Perlis menggandakan usaha bagi memastikan angka yang lebih meyakinkan dengan meletakkan Kelantan 141 larian untuk kemenangan mutlak. 

''Kami sebenarnya yakin dapat mengatasi Perlis kerana memiliki hampir sehari suntuk untuk memukul. Tetapi apabila wiket utama ranap, harapan semakin pudar,'' kata pengurus Kelantan, Nik Anuay Abdullah.

Kelantan yang kini memiliki 18.89 mata terpaksa menunggu pertemuan Perlis dan Selangor pertengahan bulan depan untuk memastikan peluang kemaraan yang pada hakikatnya semakin malap.

Perlis pula akan memburu kemenangan kedua walaupun Selangor menyenaraikan pasukan kuat untuk memastikan berada di kedudukan paling atas Kumpulan B.

Pengurusnya, Azmi Jaafar bertekad mara ke babak akhir untuk membuktikan kepada Majlis Sukan Negeri Perlis bahawa Persatuan Kriket Perlis benar-benar serius dalam melaksanakan kegiatannya.

KEPUTUSAN:
 
Perlis kalahkan Kelantan dengan 64 larian.
 
Ining pertama:
Perlis 104 (22 over)  Elmi A. Rahman 47; Shahrulnizam Yusof 19; Fauzi Ariffin 15. Zaim Asnawi Osman 4-17; Shahril Aizat Nor Azmi 3-45; Nik Abdul Rahman Mohamad 2-19.
Kelantan 114 (39.3 over)  Fikri Makram Rosdi 30; Rizuan Jusoh 22. Shahrulnizam Yusof; Hafizuddin Ghafar 3-20.
 
Ining kedua:
Perlis 150 (31.4 over) Shahrulnizam Yusof kekal 40; Elmi A, Rahman 37. Fikri Makram Rosdi 4-25; Shahril Aizat Nor Azmi.
Kelantan 76 (26.3 over)  Nik Abdul Rahman Mohamad kekal 20; Salsabila Ibrahim 14. Elmi A, Rahman 5-23; Mubin Salahuddin 2-5.
 
Pemain terbaik: Elmi A. Rahman (Perlis)
Pengadil: Sivan Narayanan (PER) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)



ELMI A. RAHMAN (kiri) sebaik sahaja dikalungkan pingat sebagai pemain terbaik perlawanan daripada bekas gurunya Nik Anuay Abdullah yang juga pengurus Kelantan.