Selangor capai lebihan mata bonus

KUALA LUMPUR: Kelebihan memenangi undian gagal dimanfaatkan Kelantan apabila hanya berkedudukan seri apabila bertemu Selangor dalam saingan kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, Klang pada 18 dan 19 Januari 2020.

Walaupun Kelantan garang dalam ining kedua tetapi jaguh pantai timur itu masih tidak berupaya menghimpun mata tinggi selepas Selangor mencuri mata bonus selepas mengatasi ining pertama perlawanan.

''Selepas menghimpun 176-6 dalam ining kedua, kami mempelawa Selangor untuk mengejar tetapi malangnya Kelantan gagal menamatkan pukulan lawan,'' kata pengurus Kelantan, Nik Anuay Abdullah.

Apa pun Kelantan akan memastikan kegarangan dipertingkatkan apabila menentang Perlis pada 22 dan 23 Februari untuk menghidupkan peluang mara ke separuh akhir dari Kumpulan B.

Selangor hanya bertemu Perlis pada pertengahan Mac.

Dalam pertemuan minggu lepas, Negeri Sembilan mengecewakan Kedah dengan enam wiket.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan pertandingan tahunan ini sejak tahun 1951.

KEPUTUSAN:

Pertemuan Kelantan dengan Selangor berkesudahan seri. (Selangor atasi Kelantan menerusi kelebihan ining pertama)

Ining pertama:

Kelantan 103 (47.2 over) Ammar Zuhdi Hazalan 25; Fitri Sham 16; Faruq Hakimin Azmi 11. Nik Nazran Sufri Anuay 4-19; Norhamizan Hamidon 2-22.

Selangor 118 (54 over) Amdam Wiliyoh 55; Faris Almas-Lee 17; Zubaidi Zulkifle 13; Norharif Hamidon 11. Faiz Ahmad Nasir 4-24; Fitri Sham 3-39.


Ining kedua:

Kelantan 176-6 dec. (46.4 over) Fikri Makram Rosdi 65; Faiz Ahmad Nasir 43; Faruq Hakimin Azmi 29. Amdam Wiliyoh 2-40; Trisman Rudi 2-44.

Selangor 109-6 (38 over) Norharif Hamidon 37; Sudarmin Darwis 22; Faris Almas-Lee 20. Fitri Sham 4-35.

Pemain terbaik: Fitri Sham (KEL)

Pengadil: Sivan Narayanan (PER) & Bertle Alex James (NS)


FITRI SHAM (kiri) menerima kalungan anugerah pemain terbaik daripada pengurus Kelantan, Nik Anuay Abdullah.


BARISAN Kelantan bersemangat sebelum pertemuan dengan Selangor di Bayuemas Oval.