UKM mara, juara bertahan tersungkur

ALIMAN AHMAD... Ranapkan dua wiket Christ University.Oleh HISYAMUDDIN AYUB
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KLANG – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia setelah mencatat kemenangan mudah lapan wiket ke atas Christ University dari India pada 3 Disember.

Dengan dua kemenangan berturut-turut, UKM mempertahankan rekod tahun lalu apabila turut bersaing dalam babak akhir tetapi tumpas kepada University of Colombo dalam pertemuan akhir, juga di Bayuemas Oval.


Apa pun, dalam satu lagi pertemuan di Kinrara Oval menyaksikan juara bertahan, University of Colombo tumbang dengan sembilan larian kepada University of Chittagong sekali gus terkeluar daripada saingan ke babak akhir. Skuad dari Sri Lanka itu akan bermain dalam penentuan ketiga menentang Christ University pada 5 Disember di Bayuemas Oval.

Jurulatih UKM, Haris Abu Baker berkata, pasukan UKM dapat bermain baik pada pertemuan dengan Christ University dan hanya kehilangan dua pemukul.

“Tetapi saya masih belum puas. Kami mahu menang esok (4 Disember) menentang University of Chittagong walaupun pertemuan ini dianggap secara akademik kerana kedua-dua pasukan sudah layak bermain Ahad (6 Disember) ini,’’ katanya.

Dalam pertemuan hari ketiga itu, Christ University hanya berkemampuan memukul setakat   115 larian menerusi 38.3 over berbanding UKM 116-2 dalam 17.3 over.

Pembuka pukulan dan penjaga wiket  UKM, Shafiq Sharif dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan setelah membuat 50 larian manakala  Faris Almas-Lee serta Aminudin Ramly masing-masing kekal 23 dan 20.

 Pemutar kanan, Nik Azril Ariffin bergaya apabila meranapkan tiga wiket lawan untuk  13 larian.
Ditanya mengenai strategi perlawanan akhir nanti, Haris yang juga bekas penjaga wiket kebangsaan itu berkata, dia mempunyai senjata sulit bagi memerangkap pemain lawan.

“Apa pun, saya akan kaji esok (4 Disember) dan akan berbincang dengan panel jurulatih kelak,’’ katanya.

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Christ University dengan 8 wiket.
 
Christ University 115 (38.3 over) Shreyas Debur 64. Nik Azril Ariffin 3-13, Hammadullah Khan 2-27, Aliman Ahmad 2-28.
UKM 116-2 (17.3 over) Shafiq Sharif 50, Faris Almas-Lee kekal 23, Aminudin Ramly kekal 20.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (UKM)
 
University of Chittagong kalahkan University of Colombo dengan 9 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis berikutan gangguan hujan.
 
University of Colombo 155 (47.1 over) Chamal Rajapaksha 59, Buddhi Bodhaka 36. Titumir Yousufi 3-41, Nayeem Uddin Chy 2-16.
University of Chittagong 102-5 (26.2 over) Shabibul Azam 37, Riazul Huda 24. Pramodth Fernando -37.
Pemain terbaik: Titumir Yousufi (Chittagong)

 

ALIMAN AHMAD... Ranapkan dua wiket Christ University.

ALIMAN AHMAD... Ranapkan dua wiket Christ University.